TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemuda UMNO selar sikap hipokrit PH isu kuasa pengampunan Agong

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 10 September – Pemuda UMNO membidas sikap dwipiawaian dan hipokrit Pakatan Harapan (PH) yang berterusan mempersoalkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa partinya sentiasa memilih untuk berjuang mengikut saluran undang-undang dan tidak pernah mengisytiharkan institusi kehakiman sebagai musuh apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman.

Beliau membandingkan sikap terbabit dengan pendirian UMNO yang menjunjung tinggi kuasa mutlak Baginda mengikut Perlembagaan tanpa sebarang pertikaian sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pengampunan penuh sebelum ini.

Kenyataan tegas berkenaan disampaikan oleh beliau sewaktu menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Sesi perhimpunan terbabit turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai tetamu jemputan.

Isu pengampunan berkenaan kembali hangat susulan pengesahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijadualkan bersidang esok bagi membincangkan agenda berkaitan.

+ - reset