Berita Berita
Lelaki warga asing ditahan calarkan tujuh kenderaan di parkir TRX
KUALA LUMPUR, 10 September – Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas dipercayai mencalarkan tujuh buah kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta berhampiran pusat membeli-belah The Exchange TRX semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd. Din mengesahkan bahawa laporan polis berhubung insiden khianat berkenaan telah diterima sebelum siasatan dilancarkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berusia 34 tahun itu telah ditahan dan kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 September bagi membantu siasatan lanjut pihak berkuasa.
Tangkapan berkenaan menyusul selepas tular sebuah rakaman video yang memaparkan suspek bertindak memarahi seorang pemandu serta menghentak objek besi pada kenderaan mangsa di kawasan parkir awam terbabit.
Polis menegaskan bahawa siasatan secara terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar tindakan lelaki berkenaan.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 5:42 pm
‘PH sendiri yang buat UMNO pilih kuasa atau prinsip’ – Akmal Saleh
September 10, 2026, 5:28 pm
SPRM sahkan bekas menteri bakal didakwa Isnin depan berkaitan Tabung Haji
September 10, 2026, 5:05 pm
'Ada benda DAP tak puas hati...' - Kian Ming dedah punca sebenar keluar DAP
September 10, 2026, 4:29 pm
Petani maut ditembak di hadapan rumah sewa anak di Banting
September 10, 2026, 4:19 pm
KKM tangguh sementara operasi perkhidmatan doktor udara
September 10, 2026, 4:12 pm
Pemuda UMNO selar sikap hipokrit PH isu kuasa pengampunan Agong
September 10, 2026, 4:06 pm
Pemuda PAS, Pemuda UMNO rancang perhimpunan usung perpaduan ummah
September 10, 2026, 3:59 pm
Ahmad Zahid serah nasib Najib Razak kepada kebijaksanaan YDPA
September 10, 2026, 3:55 pm
