Berita Berita
‘Jangan fikir nak viral’ – Polis beri amaran 'influencer' jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya termasuk serbu lokasi penempatan
BACHOK 14 Sept– Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada orang ramai termasuk pempengaruh media sosial supaya tidak bertindak sendiri dalam menangani isu membabitkan etnik Rohingya, termasuk berkaitan lokasi penempatan mereka.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sebarang maklumat atau perkara yang memerlukan tindakan sepatutnya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan bukannya ditangani sendiri.
"Apa yang saya boleh katakan jangan ambil tindakan sendiri kerana kita ada pihak berkuasa seperti PDRM, Jabatan Imigresen dan sebagainya.
"Jika ada kekeliruan atau kejadian yang memerlukan tindakan daripada pihak berkuasa termasuk mengetahui penempatan Rohingya, laporkan kepada pihak polis.
"Biarkan pihak berkuasa yang menangani isu-isu ini. Kita lihat sekarang ini di media sosial banyak provokasi atau mesej negatif berkaitan Rohingya ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam ke-22 Tahun 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dan Naib Canselor UMK, Datuk Prof Dr Arham Abdullah.
Mengulas lanjut, Noor Hisam berkata, pihaknya tidak mahu tindakan yang dibuat atas inisiatif sendiri melampaui batas sehingga berisiko mengganggu keamanan, terutama jika dipengaruhi emosi.
"Jadi tanggungjawab kami pihak polis untuk memastikan keamanan. Tidak kira isu apa sama ada membabitkan kaum atau etnik atau pendatang asing, hubungilah pihak polis jika ada sebarang maklumat.
"Jangan fikir mahu tular sesuatu termasuk penempatan Rohingya kerana dikatakan tindakan lebih pantas akan diambil pihak berkuasa.
"Kita bimbang tindakan sendiri ini dipengaruhi emosi yang hasilnya akan negatif. Apapun serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:54 pm
JPJ buka bidaan nombor plat ‘H’, siri huruf solo terakhir di Malaysia
September 14, 2026, 8:39 pm
PAU 2026 hantar isyarat UMNO sedia hadapi PRU-16 tanpa kerjasama Pakatan Harapan
September 14, 2026, 8:33 pm
Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu kuari di Keramat Pulai
September 14, 2026, 6:36 pm
Isu jenaka agama: Dr Akmal desak jurucakap UMNO Selangor mohon maaf
September 14, 2026, 6:18 pm
JPN Pulau Pinang siasat guru didakwa pukul murid SJKC hingga lebam
September 14, 2026, 5:23 pm
Guru Penolong Kanan sekolah maut, kereta dipandu rempuh tujuh kenderaan dekat Jalan Kolam
September 14, 2026, 5:19 pm
'20 hari bukan jawapan’ - Keluarga 55 rakyat Malaysia hilang di Nepal tuntut penjelasan
September 14, 2026, 5:18 pm
Ketua UMNO Sepang sedia mohon maaf susulan isu jenaka paderi di PAU 2026
September 14, 2026, 2:09 pm
