Berita Berita
Guru Penolong Kanan sekolah maut, kereta dipandu rempuh tujuh kenderaan dekat Jalan Kolam
KOTA KINABALU, 14 September – Seorang guru maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terbabas lalu merempuh tujuh kenderaan di Jalan Kolam berhampiran lampu isyarat pagi tadi.
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Arizal Wahid, 43, bertugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain memaklumkan bahawa kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum melanggar motosikal, dua trak pikap lain serta empat kenderaan dari laluan bertentangan.
Pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian susulan ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu.
Pihak polis kini menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden kemalangan terbabit untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:54 pm
JPJ buka bidaan nombor plat ‘H’, siri huruf solo terakhir di Malaysia
September 14, 2026, 8:39 pm
PAU 2026 hantar isyarat UMNO sedia hadapi PRU-16 tanpa kerjasama Pakatan Harapan
September 14, 2026, 8:33 pm
Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu kuari di Keramat Pulai
September 14, 2026, 6:36 pm
Isu jenaka agama: Dr Akmal desak jurucakap UMNO Selangor mohon maaf
September 14, 2026, 6:18 pm
JPN Pulau Pinang siasat guru didakwa pukul murid SJKC hingga lebam
September 14, 2026, 5:19 pm
'20 hari bukan jawapan’ - Keluarga 55 rakyat Malaysia hilang di Nepal tuntut penjelasan
September 14, 2026, 5:18 pm
Ketua UMNO Sepang sedia mohon maaf susulan isu jenaka paderi di PAU 2026
September 14, 2026, 2:09 pm
