Berita Berita
Ketua UMNO Sepang sedia mohon maaf susulan isu jenaka paderi di PAU 2026
KUALA LUMPUR, 14 September – Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said menyatakan kesediaan untuk memohon maaf sekiranya ucapan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menyinggung penganut agama Kristian.
Noorazli menjelaskan bahawa penceritaan isu berkenaan sekadar dijadikan analogi tentang kepentingan fokus serta kebijaksanaan, tanpa niat menghina mana-mana kepercayaan.
Kenyataan penjelasan berkenaan dimuat naik oleh beliau menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini.
Beliau akui mengambil iktibar daripada reaksi pelbagai pihak untuk lebih berhati-hati memilih perumpamaan demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk.
Langkah penjelasan terbabit diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang menuntut permohonan maaf terbuka susulan kisah jenaka paderi dan biarawati yang disampaikan beliau sewaktu perbahasan Sabtu lalu.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:54 pm
JPJ buka bidaan nombor plat ‘H’, siri huruf solo terakhir di Malaysia
September 14, 2026, 8:39 pm
PAU 2026 hantar isyarat UMNO sedia hadapi PRU-16 tanpa kerjasama Pakatan Harapan
September 14, 2026, 8:33 pm
Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu kuari di Keramat Pulai
September 14, 2026, 6:36 pm
Isu jenaka agama: Dr Akmal desak jurucakap UMNO Selangor mohon maaf
September 14, 2026, 6:18 pm
JPN Pulau Pinang siasat guru didakwa pukul murid SJKC hingga lebam
September 14, 2026, 5:23 pm
Guru Penolong Kanan sekolah maut, kereta dipandu rempuh tujuh kenderaan dekat Jalan Kolam
September 14, 2026, 5:19 pm
'20 hari bukan jawapan’ - Keluarga 55 rakyat Malaysia hilang di Nepal tuntut penjelasan
September 14, 2026, 2:09 pm
