Berita Berita
JPJ buka bidaan nombor plat ‘H’, siri huruf solo terakhir di Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Sept – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘H’ bermula 16 September ini, sekali gus menjadi siri satu huruf solo terakhir yang ditawarkan di Malaysia.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, siri berkenaan diperkenalkan sempena sambutan Hari Malaysia dan tidak pernah dikeluarkan dalam mana-mana siri pendaftaran sebelum ini.
"Kita menawarkan siri 'H' ini untuk dibida seluruh rakyat Malaysia dengan bidaan akan dibuka pada 16 September ini dan berakhir pada 20 September nanti.
"Siri ini adalah satu siri nombor pendaftaran istimewa yang saya rasakan sangat istimewa dan patut diambil peluang oleh rakyat Malaysia untuk membida dan mendapatkannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran NPI sempena Hari Malaysia 2026 di Menara 118, di sini, hari ini.
Menurut Aedy, pemilihan huruf ‘H’ juga membawa simbolik tersendiri kerana sinonim dengan keharmonian masyarakat di negara ini.
"Sempena sambutan Hari Malaysia ini, kita menawarkan siri satu huruf solo terakhir dalam Malaysia yang akan ditawarkan oleh JPJ dan kerajaan.
"Selepas ini, tidak ada lagi huruf solo yang akan ditawarkan oleh JPJ sebagai NPI," katanya.
Beliau turut menegaskan siri ‘H’ bukan hak atau milik mana-mana pihak, sebaliknya milik kerajaan yang ditawarkan untuk dimiliki rakyat Malaysia.
Mengulas kemungkinan siri itu dikaitkan dengan nombor pendaftaran teksi, Aedy menjelaskan penggunaan huruf ‘H’ bagi kenderaan berkenaan perlu digandingkan dengan huruf pendaftaran negeri.
"Apabila kita berbincang bersama dengan Kementerian Pengangkutan, siri 'H' orang mungkin lihat seperti nombor pendaftaran teksi.
"Tetapi kalau dilihat dalam kaedah untuk siri-siri teksi, huruf H itu perlu dipasangkan dengan dengan huruf (pendaftaran) negeri. Contohnya, kalau 'HA' adalah teksi yang didaftarkan di Perak," katanya.
Dalam perkembangan sama, Aedy berkata, penjualan NPI merekodkan hasil sebanyak RM143 juta bagi tempoh 2024 sehingga pertengahan tahun ini.
"Pada 2024, siri khas GOLD, FFF, EV, PETRA dan MADANI menjana jumlah keseluruhan lebih RM45 juta.
"Jumlah itu meningkat kepada lebih RM62 juta pada 2025 apabila beberapa siri khas diperkenalkan termasuk SIS, GM dan ANSARA.
"Bagi 2026, siri pendaftaran khas FH, PPP dan VMY setakat ini menjana lebih RM38
Berita berkaitan
September 14, 2026, 8:39 pm
PAU 2026 hantar isyarat UMNO sedia hadapi PRU-16 tanpa kerjasama Pakatan Harapan
September 14, 2026, 8:33 pm
Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu kuari di Keramat Pulai
September 14, 2026, 6:36 pm
Isu jenaka agama: Dr Akmal desak jurucakap UMNO Selangor mohon maaf
September 14, 2026, 6:18 pm
JPN Pulau Pinang siasat guru didakwa pukul murid SJKC hingga lebam
September 14, 2026, 5:23 pm
Guru Penolong Kanan sekolah maut, kereta dipandu rempuh tujuh kenderaan dekat Jalan Kolam
September 14, 2026, 5:19 pm
'20 hari bukan jawapan’ - Keluarga 55 rakyat Malaysia hilang di Nepal tuntut penjelasan
September 14, 2026, 5:18 pm
Ketua UMNO Sepang sedia mohon maaf susulan isu jenaka paderi di PAU 2026
September 14, 2026, 2:09 pm
