TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

DBKL nafi dakwaan 500 anggota penguat kuasa dihalang ambil tindakan terhadap premis dikendali warga asing

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 15 September – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan secara sekeras-kerasnya penularan dakwaan di media sosial yang mendakwa hampir 500 anggota penguat kuasanya dihalang daripada mengambil tindakan terhadap premis perniagaan tertentu termasuk yang dikendalikan oleh warga asing.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa tiada sebarang arahan sedemikian pernah dikeluarkan, selain mengesahkan bakal membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap pemilik akaun yang menyebarkan fitnah terbabit.

DBKL menjelaskan bahawa penyelarasan serta pembahagian tugas dalam kalangan anggota penguat kuasa dibuat mengikut pengkhususan fungsi dan skop undang-undang yang ditetapkan, bukannya sebagai bentuk sekatan untuk melalaikan tanggungjawab operasi di lapangan.

Mengulas mengenai tindakan membabitkan bidang kuasa agensi lain, DBKL menegaskan bahawa tindakan tetap diambil mengikut ruang kuasa PBT di samping mengadakan operasi bersepadu bersama badan penguatkuasaan berkaitan dari semasa ke semasa.

Pihak DBKL turut memberi jaminan bahawa sebarang operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara telus berdasarkan kesalahan yang dilakukan tanpa wujud sebarang amalan pilih kasih atau kompromi terhadap mana-mana pihak.

+ - reset