Berita Berita
Lelaki disyaki tikam isteri 13 kali di Taman Tiram direman seminggu
KULIM, 15 September – Seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki menikam isterinya sehingga meninggal dunia di kediaman mereka di Taman Tiram semalam telah dikenakan perintah reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kulim.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring mengesahkan bahawa tempoh tahanan reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga 21 September depan bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tragedi berdarah berkenaan mengorbankan mangsa berusia 39 tahun yang sah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah selepas ditikam bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau lipat.
Suspek dilaporkan hadir menyerahkan diri di balai polis berhampiran sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa beliau telah menikam mangsa sebanyak 13 kali yang melibat kawasan dada, perut, serta rusuk kanan.
Pihak polis turut merampas sebilah pisau lipat yang diserahkan sendiri oleh suspek di balai untuk dijadikan barang kes, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani proses bedah siasat.
Berita berkaitan
September 16, 2026, 2:38 pm
Polis cedera ketika cuba tahan suspek curi kabel di Kluang
September 16, 2026, 2:31 pm
Saravanan peruntuk lampu solar LED tangani lokasi panas kemalangan di Tapah
September 16, 2026, 2:25 pm
Ahmad Zahid seru rakyat kukuh perpaduan dan pelihara keharmonian sempena Hari Malaysia
September 16, 2026, 12:59 pm
'UMNO sudah tiada nilai dalam Kerjaan Pulau Pinang’ – Guan Eng persoal PH masih pertahan UMNO
September 16, 2026, 10:20 am
AADK dedah penagih wanita meningkat, belia paling ramai
September 15, 2026, 7:31 pm
Imigresen hantar pulang 150 warga Indonesia ke Batam
September 15, 2026, 7:12 pm
