Berita Viral
Warga asing kritik pengurusan penerbangan di KLIA
KUALA LUMPUR 15 SEPTEMBER – Sikap pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi menjadi pertikaian apabila seorang warga asing tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tahap perkhidmatan dan kelancaran operasi di lapangan terbang berkenaan.
Kejadian yang tular menerusi hantaran video seorang pengguna dikenali sebagai Md Rubel Islam itu memaparkan kesesakan luar biasa penumpang yang beratur panjang di kawasan pemeriksaan keselamatan dan pelepasan.
Lelaki berkenaan meluahkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap kualiti pengurusan operasi yang disifatkannya amat teruk dan menyusahkan penumpang.
"Tiada siapa yang patut memilih syarikat penerbangan ini lagi. Pesawat mereka memang bagus, tetapi pengurusan mereka amat teruk. Mereka langsung tiada kepastian tarikh yang tetap. Saya sangat kecewa sehingga tidak tahu mahu cakap apa lagi," katanya.
Video dikongsikan menunjukkan ratusan penumpang terpaksa beratur panjang dan bersesak-sesak tanpa susun atur sehingga mencetuskan suasana kurang menyenangkan dalam kalangan pengguna.
Berita berkaitan
September 16, 2026, 2:10 pm
Lelaki prihatin marah 4 budak main dalam longkang elak tragedi maut kembali
September 16, 2026, 11:08 am
Gelandangan wanita stres, kejar lelaki sebelum nyanyi lagu Mixue
September 15, 2026, 7:28 pm
'Cucu saya tak sihat', nenek lelaki campak mi goreng dah maafkan cucu
September 15, 2026, 4:54 pm
'Bukan sekali dua', netizen periksa latar belakang pemilik Tesla pandu secara bahaya, tunjuk jari tengah
September 15, 2026, 3:38 pm
Tular isu pertahankan tanah adat, penduduk Orang Asli dipercayai ditahan polis
September 15, 2026, 11:13 am
Tular persembahan Barongan Reog Ponorogo di Titiwangsa, netizen perdebat tentang budaya Malaysia
September 14, 2026, 6:42 pm
'Ini bukan Malaysia, ini Europe', warga asing perlekeh undang-undang negara
September 14, 2026, 5:16 pm
Lelaki diberhentikan kerja lepas viral, mohon maaf sebab campak masakan nenek
September 14, 2026, 2:58 pm
