TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Imigresen gempur premis kediaman dan perniagaan di Kluang, 25 warga asing ditahan

By
|
Kongsi
image

KLUANG, 17 September – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor berjaya membongkar taktik berselindung di sebalik premis kediaman serta perniagaan menerusi penahanan seramai 25 orang warga asing dalam satu operasi serbuan khas di sekitar daerah ini.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus mengesahkan bahawa operasi berjadual yang dilancarkan hasil aduan awam dan risikan dalaman terbabit menyasarkan tiga buah kedai urut, sebuah hotel bajet, serta dua premis rumah kediaman yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Siasatan awal mendapati dalang di sebalik kegiatan terbabit menggunakan aplikasi perkhidmatan pesanan ringkas seperti WeChat dan WhatsApp bagi mengiklankan serta mempromosikan perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan tempatan.

Kumpulan terbabit dipercayai mengenakan kadar bayaran tunai antara RM70 hingga RM180 bagi setiap sesi perkhidmatan yang ditawarkan di lokasi premis yang dijadikan pusat perlindungan sulit bagi mengelakkan cengkaman operasi pihak berkuasa.

Daripada keseluruhan tangkapan yang dibuat, seramai 20 individu merupakan wanita warga asing merangkumi tujuh warga Vietnam, tiga warga Thailand, tiga warga Indonesia, enam warga Myanmar, serta seorang warga asing dari negara lain yang kini ditahan bagi siasatan di bawah Akta Imigresen.

+ - reset