TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Altimet gesa platform e-hailing, p-hailing perkenal kadar potongan lebih adil

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 17 September – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menggesa syarikat pengendali platform e-hailing dan p-hailing supaya menilai semula struktur komisen dengan memperkenalkan model potongan pendapatan yang lebih adil dan fleksibel.

Syed Ahmad yang lebih dikenali sebagai Altimet mencadangkan agar kadar potongan platform berperingkat diperkenalkan khusus bagi pekerjaan bernilai kecil demi memastikan pendapatan bersih pemandu serta penghantar berada pada kadar munasabah.

Beliau menjelaskan bahawa golongan pekerja gig terpaksa menanggung kos operasi persendirian yang tinggi meliputi perbelanjaan bahan api, penyelenggaraan berkala, susut nilai kenderaan, insurans, parkir, dan caj telekomunikasi bagi melengkapkan sesuatu pesanan.

Selain isu kadar potongan, beliau turut mengetengahkan penambahbaikan sistem yang merangkumi pengiraan kos jarak perjalanan menuju ke lokasi kutipan, bayaran masa menunggu yang adil, serta ketelusan paparan maklumat agihan tambang.

Sehubungan itu, beliau menyaran agar pihak platform turut menyediakan saluran rayuan yang telus berhubung tindakan penyahaktifan akaun di samping mengimbangi keuntungan perniagaan dengan kebajikan pemandu dan penghantar di lapangan.

+ - reset