TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ab Rauf enggan campur tangan cadangan pembahagian kerusi DAP di Melaka

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 17 September – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengambil sikap terbuka dan menghormati hasrat DAP yang menyasarkan untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka menegaskan bahawa pihak BN tidak mempunyai sebarang hak perundangan mahupun politik untuk menghalang atau campur tangan dalam percaturan serta strategi dalaman parti berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa lanskap politik Melaka ketika ini masih kekal terbuka kepada mana-mana parti untuk menawarkan calon bertanding selagi belum ada sebarang kata sepakat atau perundingan rasmi dimuktamadkan menerusi kerangka kerjasama BN Plus.

Kenyataan terbabit menyusul selepas Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong menyuarakan hasrat parti itu untuk meletakkan calon di empat kerusi penyandang iaitu Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana, dan Ayer Keroh, selain menyasarkan empat lagi kerusi tambahan merangkumi Duyong, Bemban, Pengkalan Batu, dan Gadek.

Mengulas mengenai tindakan DAP yang mengintai kerusi DUN Duyong, Ab Rauf menegaskan bahawa fokus utamanya adalah untuk memelihara kepentingan BN semata-mata, manakala sebarang ketetapan akhir pembahagian kerusi hanya akan diputuskan menerusi meja rundingan antara parti kelak.

+ - reset