Berita Viral
Penunggang motosikal khusyuk tengok kemalangan sampai langgar punggung orang
KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER - Akibat terlalu leka menyaksikan insiden kemalangan di tepi jalan, seorang penunggang motosikal berdepan nasib malang apabila merempuh bahagian punggung seorang individu yang juga mangsa keadaan di lokasi kejadian.
Kejadian yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan itu memaparkan situasi lalu lintas yang bergerak perlahan.
Ketika beberapa orang awam dan individu yang terlibat kemalangan berdiri di tengah jalan, penunggang motosikal berkenaan dilihat khusyuk mengalihkan pandangannya ke arah insiden tersebut tanpa menumpukan perhatian pada laluan di hadapannya.
Akibat hilang tumpuan, penunggang itu tidak sedar jarak motosikalnya semakin menghampiri orang ramai lalu menyondol tepat bahagian belakang dan punggung salah seorang individu yang berdiri di situ.
Impak rempuhan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan hilang kawalan lalu hilang keseimbangan dan rebah ke atas jalan raya bersama kenderaannya, manakala individu yang dirempuh turut terkejut dengan insiden tak disangka itu.
Video berdurasi singkat berkenaan kini menjadi perhatian dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Berita berkaitan
September 18, 2026, 3:57 pm
'Lari macam Usain Bolt', pemandu nyaris jadi mangsa rompak awang hitam
September 18, 2026, 3:01 pm
'Tumbuh bagai cendawan', sekolah etnik Rohingya kini penuhi kawasan perumahan kos rendah?
September 18, 2026, 11:53 am
Isu gambar MyKad, netizen dakwa JPN pilih kasih antara artis, rakyat biasa
September 18, 2026, 10:47 am
Sayu 'rider' penghantar makanan warga emas bongkok gagah cari rezeki demi dapur rumah
September 17, 2026, 6:42 pm
Kunci motosikal lelaki warga asing dirampas, dibuang 'rider' penghantar makanan
September 17, 2026, 12:27 pm
Potong di laluan 'double line', kereta konvoi nyaris penyebab kemalangan jalan raya
September 17, 2026, 11:49 am
'Lepas ni naik kereta lah, jangan naik tren', lelaki 'ajar' staf KTM kurang ajar dengan warga emas
September 17, 2026, 11:40 am
Tersentuh penumpang sambut 'birthday' bersendirian, pemandu e-hailing belanja tambang raih pujian ramai
September 17, 2026, 11:19 am
