Berita Viral
Isu gambar MyKad, netizen dakwa JPN pilih kasih antara artis, rakyat biasa
KUALA LUMPUR 18 SEPTEMBER – Isu membabitkan garis panduan pemakaian dan penampilan bagi gambar kad pengenalan (MyKad) kini menjadi bualan hangat netizen selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa bersikap pilih kasih serta mengamalkan 'double standard' terhadap rakyat biasa.
Kekecohan itu mula tercetus berikutan satu hantaran yang dikongsikan oleh akaun Midnight.paws25 di media sosial, yang memaparkan rasa tidak puas hati pengguna jalanan terhadap kelonggaran yang diberikan kepada golongan selebriti.
Isu ini semakin membakar kemarahan ramai apabila penyanyi popular, Jaclyn Victor, memuat naik gambar MyKad baharunya yang menunjukkan beliau tampil dengan warna rambut perang (blonde).
Penampilan itu dilihat bercanggah dengan peringatan mesra yang pernah dikeluarkan oleh JPN Selangor sebelum ini.
Dalam kenyataan berkenaan, JPN Selangor mengingatkan orang ramai terutamanya golongan wanita supaya mengenakan tudung berwarna gelap, manakala bagi mereka yang tidak bertudung, rambut dikehendaki berwarna hitam sewaktu sesi mengambil gambar MyKad.
Ekoran penularan gambar MyKad penyanyi berkenaan, ruangan komen media sosial mula dibanjiri pelbagai reaksi serta pengalaman pahit netizen yang mendakwa pernah disuruh bertindak sedemikian sewaktu berurusan di kaunter JPN.
Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Azwanaalrahman meluahkan rasa kesal apabila anaknya sebelum ini dipaksa mengenakan songkok hanya kerana warna rambut yang tidak melepasi syarat.
Beliau mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah memberikan pelepasan khas kepada golongan artis.
Pengalaman lucu tetapi menyakitkan turut dikongsikan oleh Fadz_salesadvisor yang mendedahkan beliau diminta memakai songkok oleh pegawai bertugas disebabkan masalah kepala botak dan berkilat, sehingga mengubah penampilannya secara drastik ketika mengambil gambar.
Sehingga kini, orang ramai mendesak agar pihak JPN memberikan penjelasan rasmi berhubung garis panduan sebenar yang diguna pakai supaya tiada lagi isu jurang perbezaan layan timbul antara rakyat biasa dan golongan kenamaan.
Berita berkaitan
September 18, 2026, 3:57 pm
'Lari macam Usain Bolt', pemandu nyaris jadi mangsa rompak awang hitam
September 18, 2026, 3:01 pm
'Tumbuh bagai cendawan', sekolah etnik Rohingya kini penuhi kawasan perumahan kos rendah?
September 18, 2026, 10:47 am
Sayu 'rider' penghantar makanan warga emas bongkok gagah cari rezeki demi dapur rumah
September 17, 2026, 7:11 pm
Penunggang motosikal khusyuk tengok kemalangan sampai langgar punggung orang
September 17, 2026, 6:42 pm
Kunci motosikal lelaki warga asing dirampas, dibuang 'rider' penghantar makanan
September 17, 2026, 12:27 pm
Potong di laluan 'double line', kereta konvoi nyaris penyebab kemalangan jalan raya
September 17, 2026, 11:49 am
'Lepas ni naik kereta lah, jangan naik tren', lelaki 'ajar' staf KTM kurang ajar dengan warga emas
September 17, 2026, 11:40 am
Tersentuh penumpang sambut 'birthday' bersendirian, pemandu e-hailing belanja tambang raih pujian ramai
September 17, 2026, 11:19 am
