TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sita kontena kargo Israel bukti ketegasan Malaysia tolak logistik Zionis

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 18 September – Tindakan pihak berkuasa menyita sebuah kontena kargo ketenteraan milik rejim Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor disifatkan sebagai bukti nyata ketegasan Kerajaan Malaysia dalam menolak sebarang persekongkolan serta bantuan logistik terhadap rejim berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengesahkan sokongan penuh pihak jabatan terhadap operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang menyekat cubaan penghantaran dagangan strategik terbabit.

Dr. Zulkifli menjelaskan bahawa ketegasan penyitaan itu selari dengan kewajipan agama dan prinsip Maqasid Syariah, khususnya dalam aspek pemeliharaan nyawa (Hifz an-Nafs) serta pemeliharaan kedaulatan tanah air daripada dieksploitasi oleh pihak rejim haram.

Operasi AKPS pada 7 Ogos lalu telah menahan serta memeriksa kontena berkenaan selepas disyaki melanggar Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang melarang sebarang aktiviti pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel.

Kejayaan operasi tindakan pantas oleh agensi penguatkuasaan di pintu masuk maritim negara itu turut mendapat pujian serta penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mempertahankan prinsip solidariti Malaysia bersama perjuangan pembebasan Palestin.

+ - reset