Berita Viral
'Lari macam Usain Bolt', pemandu nyaris jadi mangsa rompak awang hitam
KUALA LUMPUR 18 SEPTEMBER - Tindakan pantas seorang pemandu mengunci pintu dan terus memecut kenderaannya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa jenayah seorang lelaki warga asing dalam kejadian di Persiaran Balau, Setapak, baru-baru ini.
Kejadian itu tular selepas pengguna akaun media sosial, @mrstirfriedd, berkongsi rakaman video dan pengalaman cemas dilaluinya semasa berada di dalam kenderaan.
Menurut pemilik akaun berkenaan, lelaki warga asing yang tidak berbaju itu bertindak mencurigakan apabila cuba membuka pintu keretanya secara tiba-tiba.
Nasib menyebelahinya apabila pintu kenderaan berada dalam keadaan terkunci dan enjin masih hidup, membolehkannya terus beredar dari lokasi kejadian bagi menyelamatkan diri.
Sebelum menghampiri kenderaan mangsa, lelaki berkenaan turut didakwa sempat membuat percubaan menceroboh rumah saudaranya serta beberapa rumah jiran yang terletak bersebelahan di kawasan perumahan tersebut.
Suspek kemudiannya dilihat melari kan diri dengan pantas mengikut lorong jalan yang sempit sebaik sahaja menyedari perbuatannya dirakam.
Susulan insiden mendebarkan itu, pengguna berkenaan menggesa pihak berkuasa dan kawalan peronda tempatan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan Persiaran Balau bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau turut mengingatkan penduduk sekitar agar sentiasa berwaspada dan memastikan keselamatan kediaman serta kenderaan masing-masing berada dalam keadaan terpelihara.
Berita berkaitan
September 18, 2026, 3:01 pm
'Tumbuh bagai cendawan', sekolah etnik Rohingya kini penuhi kawasan perumahan kos rendah?
September 18, 2026, 11:53 am
Isu gambar MyKad, netizen dakwa JPN pilih kasih antara artis, rakyat biasa
September 18, 2026, 10:47 am
Sayu 'rider' penghantar makanan warga emas bongkok gagah cari rezeki demi dapur rumah
September 17, 2026, 7:11 pm
Penunggang motosikal khusyuk tengok kemalangan sampai langgar punggung orang
September 17, 2026, 6:42 pm
Kunci motosikal lelaki warga asing dirampas, dibuang 'rider' penghantar makanan
September 17, 2026, 12:27 pm
Potong di laluan 'double line', kereta konvoi nyaris penyebab kemalangan jalan raya
September 17, 2026, 11:49 am
'Lepas ni naik kereta lah, jangan naik tren', lelaki 'ajar' staf KTM kurang ajar dengan warga emas
September 17, 2026, 11:40 am
Tersentuh penumpang sambut 'birthday' bersendirian, pemandu e-hailing belanja tambang raih pujian ramai
September 17, 2026, 11:19 am
