Berita Berita
‘Sejuta ahli UMNO derma RM50 seorang, cukuplah RM50 juta untuk Najib’ – Puad
JOHOR BAHRU 18 Sept – Sejuta daripada lebih tiga juta ahli UMNO dicadangkan menyumbang RM50 seorang bagi membantu mengumpulkan dana RM50 juta untuk membayar denda yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jumlah berkenaan boleh dicapai dengan mudah sekiranya sejuta ahli parti tampil memberikan sumbangan RM50 setiap seorang.
Beliau berkata, cadangan itu selari dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya parti mengadakan kutipan dana bagi membantu Najib melunaskan denda berkenaan.
“Saya sokong saranan Zahid bahawa UMNO akan buat kutipan dana untuk bayar denda RM50 juta yang Najib kena bayar.
“Walaupun saya bukan lagi ahli UMNO, Insya-ALLAH saya pasti akan memberi sumbangan.
“Oleh kerana UMNO ada ahli melebihi tiga juta orang, maka alangkah baik kalau sejuta ahli menyumbang RM50. Dengan mudah RM50 juta sudah terkumpul,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Terdahulu, UMNO melancarkan kutipan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban Najib untuk melunaskan denda RM50 juta susulan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Ahmad Zahid berkata, sumbangan itu dibuka secara sukarela kepada kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mana-mana pihak yang mahu memberikan sokongan.
Dalam pada itu, Mohd Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengulangi dakwaannya bahawa Najib menjadi mangsa dendam politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tetap yakin Najib mangsa dendam politik Mahathir,” katanya.
Beliau turut berseloroh berharap pandangannya berhubung kutipan dana itu tidak menyebabkan dirinya dianggap mencampuri urusan UMNO.
“Diharap saya tidak dicop penyibuk,” katanya.
Berita berkaitan
September 18, 2026, 5:56 pm
DAP panggil mesyuarat tergempar CEC tentukan pendirian isu tahanan rumah Najib
September 18, 2026, 5:52 pm
PAS lafaz syukur, junjung kasih atas pengampunan bersyarat Najib Razak
September 18, 2026, 5:47 pm
Ahmad Zahid harap keputusan pengampunan Najib beri momentum kepada UMNO pada PRN Melaka
September 18, 2026, 5:43 pm
Tabung sumbangan RM50 juta inisiatif UMNO bukan permintaan Najib - Ahmad Maslan
September 18, 2026, 5:39 pm
KTMB gantung tugas pekerja kontraktor susulan insiden pergaduhan di Stesen Labu
September 18, 2026, 5:09 pm
‘Penjara beberapa tahun sudah lebih daripada cukup’ – MIC, MCA hargai pengampunan Najib
September 18, 2026, 3:53 pm
Pengampunan Najib: 'Perang rasuah tetap diteruskan' - Anwar
September 18, 2026, 3:02 pm
