Berita Sukan
Harimau Malaya sarung jersi baharu pada Piala ASEAN FIFA
KUALA LUMPUR 20 SEPTEMBER – Jersi baharu pasukan bola sepak kebangsaan, yang diilhamkan daripada corak belang badan Harimau Malaya, kini berada di pasaran menjelang kejohanan sulung Piala ASEAN FIFA 2026 di Indonesia dari 25 September hingga 5 Oktober ini.
Menurut Puma, rakan pakaian dan jersi rasmi Harimau Malaya, jersi home baharu menampilkan jalur berwarna hitam dan kuning, manakala jersi away baharu menggunakan tona warna biru kelabu dengan kemasan merah dan putih pada bahagian kolar.
Jersi retail (versi peminat) berharga RM319, manakala edisi authentic (versi pemain) dijual pada harga RM549.
Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Jakarta pada Selasa untuk bersaing dalam Divisyen 1 Piala ASEAN FIFA 2026, dan diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Indonesia, selain Singapura dan Bangladesh.
Kumpulan B pula merangkumi Vietnam, Thailand, Filipina dan Pakistan.
Malaysia, yang berada pada kedudukan ke-136 dunia, akan memulakan kempen menentang Bangladesh yang menduduki ranking ke-181 di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 25 September.
Skuad kebangsaan kemudian akan bertemu Indonesia yang berada di kedudukan ke-118 dunia, di venue yang sama pada 28 September, sebelum mengakhiri kempen Kumpulan A berdepan Singapura, ranking ke-148 dunia, di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada 1 Oktober.
Mengikut format kejohanan, juara Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertemu dalam perlawanan akhir di Gelora Bung Karno pada malam 5 Oktober, manakala naib juara kedua-dua kumpulan akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di venue sama pada sebelah siang, hari yang sama.
Berita berkaitan
November 18, 2026, 8:20 am
Pemain Palestin cetus kontroversi, buat isyarat 'bau busuk' depan kapten India
November 12, 2026, 10:54 am
Kerajaan belanja RM70 juta anjur F1 GP Bahrain di Sepang, jana impak ekonomi hampir RM950 juta
November 9, 2026, 11:27 am
'Tak hormat pasukan lawan', Pan-gon mahu MFL siasat Nazmi Faiz
November 5, 2026, 10:13 pm
Tiada lagi nombor 7, Ronaldo umum persaraan bersama Portugal
November 4, 2026, 9:51 am
Pemain Sepanyol meninggal dunia lepas dirempuh penjaga gol lawan
November 2, 2026, 9:41 am
Tujuh pemain warisan kekal status rakyat Malaysia selepas tamat hukuman FIFA
November 1, 2026, 7:12 pm
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini - MFL
November 1, 2026, 6:50 pm
Marc Marquez tawan Sepang
November 1, 2026, 10:06 am
Azman Adnan dilantik sebagai Pengarah Teknikal KL City baharu
October 31, 2026, 2:48 pm
