TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Kaki Andros Townsend kena 'lenyek' dengan 'roller' masa panas badan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 SEPTEMBER - Bekas pemain sayap England, Andros Townsend berdepan detik cemas selepas terlibat dalam satu insiden ngeri ketika sesi memanaskan badan sebelum aksi Liga Perdana Thailand membabitkan pasukannya, PT Prachuap menentang Pattani FC.

Kejadian berlaku apabila Townsend yang sedang melakukan regangan di tepi padang secara tidak sengaja dilanggar oleh sebuah mesin 'roller' rumput yang sedang bergerak di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pemain itu bernasib baik apabila tidak mengalami kecederaan serius akibat perlanggaran tersebut dan disahkan berada dalam keadaan stabil oleh pasukan perubatan.

Meskipun memulakan perlawanan dari bangku simpanan, Townsend tetap dimasukkan sebagai pemain pengganti dan beraksi selama seminit pada penghujung perlawanan.

Aksi tersebut menyaksikan PT Prachuap berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan pelawat.

+ - reset