TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Bila nak selesai masalah' - Netizen persoal kereta peronda 'escort' pencuri kabel di kawasan rumah

By
|
Kongsi
image

AMPANG 21 SEPTEMBER – Tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden mencurigakan membabitkan beberapa individu yang dipercayai sedang melakukan aktiviti mencuri kabel di Kampung Tasik Permai, Ampang, awal pagi semalam.

Berdasarkan rakaman berdurasi lebih dua minit itu, kejadian berlaku sekitar jam 3:35 hingga 3:42 pagi apabila sekumpulan lelaki dilihat sedang sibuk memotong dan mengangkut kabel ke dalam sebuah kereta berwarna putih.

Apa yang menarik perhatian dan menimbulkan persoalan orang ramai adalah kemunculan sebuah kenderaan peronda polis (MPV) di lokasi kejadian semasa aktiviti itu sedang berlaku. 

Kenderaan peronda yang melintas dengan lampu siren biru menyala itu kelihatan memperlahankan kenderaan, namun terus berlalu tanpa melakukan sebarang pemeriksaan terhadap suspek.

Tindakan itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk setempat yang mendakwa pihak polis seolah-olah memberikan 'escort' serta melancarkan pergerakan suspek untuk melarikan diri bersama hasil curian.

Isu itu kini mendapat perhatian ramai selepas rakaman CCTV berkenaan dimuat naik di media sosial, sekali gus menimbulkan desakan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur kecuaian atau salah guna kuasa.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tular tersebut.

+ - reset