TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Bapa buntu cari RM70,000 dalam masa 10 hari demi selesaikan kes 'maid' aniaya anak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 SEPTEMBER – Seorang bapa kini berada dalam keadaan buntu apabila terpaksa mencari dana sebanyak RM70,000 dalam tempoh 10 hari bagi menyelesaikan tunggakan hutang serta deposit rumah yang terjejas ekoran kes penganiayaan anak oleh pembantu rumah.

Lelaki yang dikenali sebagai Abang Fab itu meluahkan kesukaran hidupnya selepas kes tular yang melibatkan keselamatan anak-anaknya sebelum ini memberi dampak besar kepada kewangan keluarga.

Menurutnya, dia kini berusaha keras menjana pendapatan sendiri menerusi jualan minuman jus 'Limea', jamu buatan isterinya, serta mengadakan jualan 'garage sale' di kediamannya tanpa mahu meminta-minta bantuan secara percuma.

"Di sini aku cuma nak buat luahan dan cari jalan penyelesaian. Mana aku nak cari RM70,000 dengan baki lagi 10 hari lagi ini? Aku punya jualan ini air dalam botol dan jamu yang isteri buat sendiri, dan juga 'garage sale' yang aku buat dekat rumah," katanya.

Beliau menambah, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menyertai pelbagai acara jualan, namun hasilnya sekadar cukup-cukup balik modal tapak sahaja. Manakala permohonan untuk menyertai acara jualan berskala besar di sekitar Johor Bahru masih belum mendapat rezeki.

Jelas Abang Fab lagi, RM70,000 yang diperlukan itu adalah untuk melunaskan semula hutang kepada pihak yang pernah membantunya semasa kes tersebut berlaku, selain menyelamatkan wang deposit rumah yang bakal hangus sekiranya tidak dijelaskan segera.

Bagi mencapai sasaran tersebut, beliau menganggarkan perlu menjual sekurang-kurangnya 7,000 botol minuman yang dijual pada harga RM9 sebotol bagi jus Limea dan RM12 untuk jamu, selain melepaskan barangan 'garage sale' pada harga murah.

Usaha itu turut dipergiatkan lagi dengan mendaftar sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing serta merancang untuk berdaftar sebagai ejen hartanah pada minggu hadapan.

Orang ramai yang mahu memberikan sokongan secara pembelian walk-in boleh mengunjungi 'Abang Fab Garage Sale' di No 2, Jalan Delima 2/6, Taman Daya bermula jam 5 petang hingga 11 malam setiap hari, atau membuat tempahan secara dalam talian melalui talian 013-7141111.

+ - reset