TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Aktivis kena marah lepas dedah warga asing sambut majlis kahwin guna BMW

By
|
Kongsi
image

SELAYANG 21 SEPTEMBER — Penganjuran sebuah majlis kenduri kahwin dipercayai melibatkan etnik Rohingya yang mempamerkan gaya hidup mewah dengan perarakan kenderaan jenama BMW di Selayang Baru mencetuskan kemarahan orang ramai dan aktivis tempatan.

Isu itu tular selepas rakaman video memperlihatkan majlis keraian mendirikan khemah di kawasan lorong belakang awam tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), selain aksi barisan kenderaan mewah yang dihias megah untuk pengantin. 

Perselisihan faham turut tercetus apabila individu dipercayai penganjur bertindak lantang memarahi aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SURPLUS yang hadir mempersoalkan tindakan menutup laluan awam tersebut.   

Keadaan itu membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan yang rata-ratanya terpaksa berjimat cermat dan memandu kereta nasional, namun warga asing terbabit berani menunjuk-nunjuk kemewahan serta bertindak biadap di tanah air orang.

Menurut aktivis abeoabe yang berkongsi rakaman berkenaan, sebarang penganjuran majlis di kawasan lapang awam memerlukan kelulusan dan permit sah daripada PBT bagi mengelakkan kacau ganggu.   

Warga asing yang mahu mengadakan keraian disaran menyewa premis tertutup seperti dewan atau restoran dan bukannya menguasai laluan awam secara berwajah megah.   

Orang ramai kini mendesak pihak PBT dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung penganjuran majlis tanpa permit tersebut demi memastikan undang-undang tempatan sentiasa dihormati.

+ - reset