TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga asing duduk luar negara dakwa orang Malaysia paling rasis

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 SEPTEMBER - Sebuah rakaman video dimuat naik oleh seorang lelaki warga asing tular di media sosial baru-baru ini.

Ia sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lelaki berkenaan, yang dikenali sebagai Zahid Ullah, menyampaikan pesanan peringatan kepada mana-mana pelawat atau pelancong luar yang berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia. 

Dalam kenyataannya, beliau mendakwa bahawa pelawat perlu berhati-hati terutamanya ketika berurusan dengan pihak berkuasa seperti polis, imigresen, kerajaan, serta warga tempatan.

Beliau turut mendakwa warganegara Malaysia, terutamanya orang Melayu, didakwa bersifat rasis dan tidak menyukai pelawat asing dari pelbagai latar belakang serta negara. 

Menurut tuduhan yang dilemparkannya, masyarakat tempatan dikatakan tidak menggemari pelawat yang bertutur dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Pakistan, India, Kemboja dan Laos.

Selain itu, lelaki berkenaan turut mendakwa kononnya membawa wang tunai adalah perkara penting bagi menyelesaikan sebarang masalah perselisihan atau pemeriksaan dokumen dengan penduduk tempatan. 

Di akhir video tersebut, beliau menegaskan tuduhannya bahawa negara Malaysia didakwa mempunyai sikap perkauman yang melampau serta meminta pengikutnya untuk menyebarkan rakaman berkenaan.

Kenyataan mendakwa sikap rasis yang dikeluarkan oleh lelaki berkenaan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyifatkan tuduhan itu melampau dan tidak menggambarkan keharmonian serta sifat peramah masyarakat berbilang kaum di negara ini.

+ - reset