Berita Viral
Tindakan penumpang kereta buka pintu tiba-tiba hampir buat penunggang motosikal kemalangan
KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila nyaris terbabit dalam kemalangan selepas seorang penumpang sebuah kereta jenis Honda Jazz bertindak membuka pintu kenderaan itu secara tiba-tiba di tengah jalan raya.
Kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan berhampiran Jalan Tun Razak itu berjaya dirakam menerusi kamera badan (dashcam) penunggang berkenaan sebelum dimuat naik di platform media sosial oleh akaun @hambarlahkau.
Menerusi rakaman video berdurasi 37 detik itu, penunggang motosikal sedang bergerak secara perlahan di celah-celah kenderaan akibat kesesakan lalu lintas.
Namun, sebaik sahaja dia menghampiri kereta berwarna putih berkenaan, penumpang di bahagian sebelah kiri secara mengejut membuka pintunya.
Tindakan spontan itu memaksa penunggang berkenaan menghentikan motosikalnya serta-merta bagi mengelakkan rempuhan.
Penunggang tersebut kemudian menegur tindakan berbahaya itu sebelum penumpang itu mengangkat tangan tanda meminta maaf.
Tidak berhenti di situ, kenderaan terbabit dilihat terus memandu sebelum sekali lagi cuba dipotong oleh penunggang motosikal berkenaan.
Namun, cermin sisi kereta itu kelihatan dirapatkan atau diubah semasa penunggang melintasinya.
Insiden berkenaan mendatangkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan penumpang kereta itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain khususnya penunggang motosikal.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 8:38 pm
'Makin kurus, dijemur tengah panas', orang ramai tuntut NRES bawa balik gajah dari zoo Jepun
September 22, 2026, 8:08 pm
Pelajar sekolah cedera lepas dirempuh motosikal di Kajang
September 22, 2026, 3:42 pm
Wanita syukur dapat video kemalangan ahli keluarga di Penchala Link
September 22, 2026, 2:44 pm
Tular 'jogging' bawa anjing, Radzi Jidin dah maklum pada PPj untuk tindakan
September 22, 2026, 1:28 pm
Lelaki warga asing jadi prebet sapu, 'roadtax' kereta tamat sejak 2024
September 22, 2026, 11:49 am
Budak tahan sakit kena rotan dipercayai dipaksa jual kacang di Johor
September 22, 2026, 9:47 am
Pemandu lori buat 'auto pilot' manual untuk capai barang di belakang tempat duduk
September 21, 2026, 4:03 pm
Warga asing duduk luar negara dakwa orang Malaysia paling rasis
September 21, 2026, 2:29 pm
