Berita Viral
Pelajar sekolah cedera lepas dirempuh motosikal di Kajang
KAJANG 22 SEPTEMBER — Dua pelajar yang dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian kepala dalam satu insiden yang berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Kajang, tengah hari tadi.
Kejadian itu tular di media sosial selepas dikongsi Iwani Yaakub yang menyatakan simpati serta mendoakan agar semua pihak terlibat berada dalam keadaan selamat.
Menurut perkongsian berkenaan, insiden itu dipercayai berlaku ketika waktu puncak persekolahan.
Beliau turut mengingatkan para pemandu dan pengguna jalan raya agar sentiasa memperlahankan kelajuan kenderaan masing-masing apabila lalu di kawasan persekolahan demi keselamatan para pelajar.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan kepada para pelajar supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dengan menggunakan lintasan pejalan kaki (zebra crossing) yang telah disediakan apabila mahu melintas jalan.
Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang, terutamanya di zon sekolah.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 8:38 pm
'Makin kurus, dijemur tengah panas', orang ramai tuntut NRES bawa balik gajah dari zoo Jepun
September 22, 2026, 6:17 pm
Tindakan penumpang kereta buka pintu tiba-tiba hampir buat penunggang motosikal kemalangan
September 22, 2026, 3:42 pm
Wanita syukur dapat video kemalangan ahli keluarga di Penchala Link
September 22, 2026, 2:44 pm
Tular 'jogging' bawa anjing, Radzi Jidin dah maklum pada PPj untuk tindakan
September 22, 2026, 1:28 pm
Lelaki warga asing jadi prebet sapu, 'roadtax' kereta tamat sejak 2024
September 22, 2026, 11:49 am
Budak tahan sakit kena rotan dipercayai dipaksa jual kacang di Johor
September 22, 2026, 9:47 am
Pemandu lori buat 'auto pilot' manual untuk capai barang di belakang tempat duduk
September 21, 2026, 4:03 pm
Warga asing duduk luar negara dakwa orang Malaysia paling rasis
September 21, 2026, 2:29 pm
