Berita Viral
Penunggang motosikal berang sebab pemandu tak nak 'tap' TnG untuk beri laluan
KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER – Tindakan biadap seorang penunggang motosikal yang melepaskan geram dan mendesak seorang pemandu kereta membuat bayaran tol demi membolehkannya lalu mengundang kecaman orang rama selepas rakaman video kejadian itu tular di media sosial.
Berdasarkan rakaman berdurasi 16 saat yang dikongsi oleh pengguna jalan raya, kejadian berpunca apabila motosikal berkenaan berada di laluan tol khas untuk kenderaan empat roda.
Disebabkan palang tol tidak terbuka untuk motosikal, penunggang itu dilihat berhenti di hadapan sebuah kereta sambil menunjuk-nunjuk ke arah mesin pengimbas kad Touch 'n Go (TnG).
Dia dipercayai mendesak pemandu kereta di belakangnya untuk mengimbas kad TnG supaya palang dapat dinaikkan bagi membolehkannya melalui jalan itu.
Sikap tidak bertanggungjawab itu tambah menyakitkan hati apabila penunggang motosikal berkenaan menunjukkan reaksi marah dan tidak puas hati terhadap pemandu kenderaan terbabit walaupun kesalahan itu jelas berpunca daripada kebiadapan dirinya sendiri.
Video yang dimuat naik dengan tajuk 'Dah salah, lagi mau marah' itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya berang dengan sikap pentingkan diri penunggang terbabit.
Ramai berpendapat penunggang motosikal sepatutnya menggunakan lorong khusus yang telah disediakan demi keselamatan diri serta kelancaran trafik.
Setakat ini, lokasi pasti dan masa sebenar insiden tersebut berlaku belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun, orang ramai menggesa pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta tidak menyusahkan pengguna lain. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 5:44 pm
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
September 23, 2026, 12:50 pm
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
September 23, 2026, 12:36 pm
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 9:02 am
Tular penjaga zoo Jepun 'baling' makanan, netizen sebak lihat nasib Dara, Amoi
September 22, 2026, 8:38 pm
'Makin kurus, dijemur tengah panas', orang ramai tuntut NRES bawa balik gajah dari zoo Jepun
September 22, 2026, 8:08 pm
