TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER – Tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan beberapa orang lelaki dipercayai warga asing ditahan dan ditempatkan di dalam trak polis.   

Video berdurasi 28 detik itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen selepas mendapati individu-individu yang digari itu diberikan kebebasan menggunakan telefon bimbit serta merokok di dalam kenderaan terbabit.   

Menerusi rakaman itu, kelihatan sekumpulan lelaki duduk sambil digari pada bahagian pergelangan tangan. 

Namun begitu, beberapa orang daripada mereka dilihat santai membuat panggilan telefon serta memegang rokok tanpa sebarang halangan, manakala seorang anggota polis berseragam turut kelihatan berada di bahagian hadapan dalam trak berkenaan.

Tindakan itu menarik perhatian ramai penguna media sosial yang menyifatkan layanan diberikan oleh pihak berkuasa sebagai terlampau "sporting" dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penahanan individu yang ditangkap.

Rata-rata netizen mempersoalkan tahap kawalan keselamatan yang dilaksanakan, memandangkan orang dalam tahanan sepatutnya tidak dibenarkan memegang sebarang barangan peribadi atau alat komunikasi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis berhubung kejadian atau lokasi sebenar rakaman video berkenaan diambil. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di FacebookInstagramTikTokThreads dan Youtube

+ - reset