Berita Sukan
Rezeki luar biasa, pemandu e-hailing Dungun tak sangka bawa juara Piala Dunia
DUNGUN 24 SEPTEMBER – Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing tidak menyangka perjalanan biasa membawa penumpang di sekitar kawasan Dungun bertukar menjadi kenangan manis apabila individu yang menaiki kenderaannya merupakan bekas bintang bola sepak ternama dunia.
Kisah itu mula tular selepas pemandu terbabit, Hassan Bude, berkongsi pengalaman serta gambar bersama penumpangnya di media sosial.
Menurut Hassan, dia hanya sempat berbual secara santai bersama lelaki berkenaan apabila tiba di destinasi dan difahamkan penumpangnya itu berasal dari Sepanyol serta merupakan seorang pemain bola sepak.
"Bawa Grab, penumpang nak turun baru nak terborak-borak. Dia kata dari Sepanyol dan pemain bola sepak. Ada siapa-siapa kenal tak, kot-kot lah terkenal tapi kita saja yang tak kenal," katanya.
Hantaran itu dengan cepat menarik perhatian pengguna media sosial dan peminat bola sepak tempatan yang tampil membuat 'siasatan' bagi mengenalpasti identiti sebenar lelaki berkenaan.
Hasil semakan mendapati individu tersebut merupakan Joan Capdevila, pertahanan kiri legenda Sepanyol yang mempunyai 60 penampilan bersama skuad kebangsaan.
Capdevila juga merupakan barisan kesebelasan utama yang membantu Sepanyol menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) 2008 dan Piala Dunia 2010.
Lebih menarik, bekas pemain Villarreal dan Deportivo La Coruna itu disifatkan unik kerana menjadi satu-satunya pemain yang bukan dari kelab Real Madrid atau Barcelona dalam kesebelasan utama era kegemilangan Sepanyol ketika itu.
Ruangan komen turut dimeriahkan dengan pelbagai reaksi warganet, malah ada yang pada mulanya tersalah sangka ingatkan lelaki berkenaan adalah bekas pemain Manchester City, Jesus Navas.
Sebelum penumpang berkenaan turun dari kenderaan, Hassan dan legenda Sepanyol itu sempat bertukar nama serta bersalaman mesra sebagai tanda perpisahan.
Berita berkaitan
September 20, 2026, 3:03 pm
Kaki Andros Townsend kena 'lenyek' dengan 'roller' masa panas badan
September 20, 2026, 2:53 pm
Harimau Malaya sarung jersi baharu pada Piala ASEAN FIFA
September 20, 2026, 9:28 am
Piala FA: Hatrik Chrigor Moraes ketuai kebangkitan Selangor di Kangar
September 17, 2026, 4:23 pm
Ab Ghani Hassan menang besar, dipilih Presiden FAM baharu
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
