Berita Berita
Lebih ramai boleh baca, Anwar terharu buku karyanya diterjemah ke bahasa Mandarin, dapat sokongan PM China
HANGZHOU 24 Sept – Buku karya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times kini diterbitkan dalam bahasa Mandarin dalam usaha memperluas pemahaman mengenai persamaan nilai antara Islam, budaya China dan tamadun lain.
Anwar berkata, penerbitan versi Mandarin itu turut membuka ruang kepada rakyat China serta masyarakat penutur bahasa berkenaan untuk memahami dengan lebih dekat gagasan, pengalaman dan pemikiran yang dikongsikannya menerusi buku tersebut.
Menurutnya, sokongan Perdana Menteri China, Li Qiang terhadap usaha menterjemahkan karya berkenaan turut memberi makna tersendiri kepadanya.
“Saya amat tersentuh apabila beliau memberikan sokongan kepada usaha ini. Beliau menyatakan penterjemahan buku itu dilakukan dengan kaedah terbaik,” katanya ketika melancarkan buku berkenaan di Hangzhou.
Mengulas kandungannya, Anwar menjelaskan karya itu bukan sebuah autobiografi, sebaliknya menghimpunkan catatan serta pandangannya mengenai perkembangan dunia.
Antara perkara diketengahkan termasuk konflik yang tercetus akibat kolonialisme dan imperialisme serta kemunculan negara-negara baharu selepas mencapai kemerdekaan.
Menurutnya, buku berkenaan turut mengangkat persoalan mengenai hala tuju negara-negara tersebut dalam menentukan masa depan, mempertahankan identiti dan kedaulatan serta memilih pendekatan terhadap kemakmuran.
Persoalan itu termasuk sama ada sesebuah negara hanya perlu mengutamakan kepentingan sendiri atau berkongsi kemakmuran supaya manfaatnya dapat dinikmati secara bersama.
Anwar kini berada di Hangzhou bagi lawatan kerja selama tiga hari atas undangan kerajaan China selepas tiba di Shanghai pada Isnin untuk menghadiri majlis perasmian Persidangan WorldSkills Shanghai 2026 yang disempurnakan Li Qiang.
Beliau turut menyampaikan ucaptama pada sesi pleno persidangan berkenaan sebelum meneruskan program di Hangzhou.
Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucaptama pada Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) yang dirasmikan Li Qiang di Pusat Pameran dan Konvensyen Hangzhou, selain merasmikan Pavilion Malaysia.
Berita berkaitan
September 24, 2026, 9:11 pm
Saravanan bantu Roshan terbang ke Itali, wakili Malaysia dalam pertandingan bahasa Inggeris
September 24, 2026, 4:22 pm
‘Baju lokap oren sepatutnya cukup buat kita gerun’ – Fadhlina beri amaran warga KPM isu rasuah
September 24, 2026, 1:16 pm
JKR siasat punca penunggang motosikal terbabas di laluan bercat hijau Lebuh Raya Persekutuan
September 24, 2026, 1:02 pm
Kerajaan Terengganu batalkan Kejohanan Bola Jaring Campuran di Jeram
September 24, 2026, 12:53 pm
Polis cari Nur Bahiyah, hilang sejak 15 Ogos lalu
September 24, 2026, 12:45 pm
Pemilik syarikat didenda RM40,000 jual 529 telefon bimbit tiruan
September 24, 2026, 12:36 pm
RoS tidak sewenang-wenangnya gantung PN, buat keputusan berdasarkan aduan komponen - Ahmad Zahid
September 24, 2026, 12:31 pm
Bekas COO Tabung Haji dijerat tiga pertuduhan terima kos ubah suai rumah RM302,000
September 24, 2026, 12:27 pm
