Berita Berita
Saravanan bantu Roshan terbang ke Itali, wakili Malaysia dalam pertandingan bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR 24 Sept – Impian murid SJK (Tamil) Castlefield, Puchong, Roshan Chandrasekar untuk membawa nama Malaysia ke pertandingan bahasa Inggeris antarabangsa di Itali mendapat sokongan selepas Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan tampil menghulurkan bantuan kewangan.
Roshan dijadual mewakili Malaysia pada HIPPO English Language Competition yang berlangsung di Itali dari 28 September hingga 1 Oktober ini.
Bagaimanapun, kekangan kewangan yang dihadapi menimbulkan kebimbangan sama ada murid berkenaan mampu melakukan perjalanan ke Itali bagi menyertai pertandingan tersebut.
Situasi itu mendapat perhatian Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah apabila beliau bertemu sendiri Roshan bagi memberikan sokongan terhadap hasrat murid berkenaan untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Saravanan turut menghulurkan bantuan kewangan bagi membantu menampung keperluan Roshan untuk melakukan perjalanan ke Itali dan menyertai pertandingan berkenaan.
Menurut Saravanan, murid seperti Roshan membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa dan sewajarnya diberikan sokongan untuk mencapai impian mereka.
Beliau berkata, kejayaan dan pencapaian Roshan bukan sahaja mampu membanggakan negara, malah menjadi kebanggaan komuniti sekolah Tamil.
Penyertaan kali ini mempunyai makna tersendiri buat Roshan yang sudah menyertai HIPPO English Language Competition sejak enam tahun lalu.
Bapanya, Chandrasekar turut menzahirkan penghargaan kepada Saravanan atas bantuan dan sokongan diberikan sehingga membolehkan anaknya meneruskan penyertaan dalam pertandingan di Itali itu.
Berita berkaitan
September 24, 2026, 4:22 pm
‘Baju lokap oren sepatutnya cukup buat kita gerun’ – Fadhlina beri amaran warga KPM isu rasuah
September 24, 2026, 1:16 pm
JKR siasat punca penunggang motosikal terbabas di laluan bercat hijau Lebuh Raya Persekutuan
September 24, 2026, 1:02 pm
Kerajaan Terengganu batalkan Kejohanan Bola Jaring Campuran di Jeram
September 24, 2026, 12:53 pm
Polis cari Nur Bahiyah, hilang sejak 15 Ogos lalu
September 24, 2026, 12:45 pm
Pemilik syarikat didenda RM40,000 jual 529 telefon bimbit tiruan
September 24, 2026, 12:36 pm
RoS tidak sewenang-wenangnya gantung PN, buat keputusan berdasarkan aduan komponen - Ahmad Zahid
September 24, 2026, 12:31 pm
Bekas COO Tabung Haji dijerat tiga pertuduhan terima kos ubah suai rumah RM302,000
September 24, 2026, 12:27 pm
Kemelut Negeri Sembilan, polis siasat dari pelbagai sudut - Saifuddin
September 24, 2026, 10:33 am
