Berita Viral
Sudahlah larikan diri lepas langgar, kereta pula tiada 'roadtax'
KUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER – Sepasang suami istri bernasib malang apabila kenderaan dinaiki mereka remuk akibat dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza merah, sebelum pemandunya bertindak memecut pergi dengan alasan perlu bergegas ke tempat kerja.
Menerusi perkongsian @f4t1n, insiden itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar anak ke sekolah.
Pemandu kereta Bezza itu pada mulanya diminta untuk berhenti di tepi jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Namun secara tiba-tiba, pemandu Bezza terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang terpinga-pinga.
Mangsa meluahkan rasa berang terhadap jawapan tidak bertanggungjawab pemandu itu yang memberi alasan 'minta maaf saya nak pergi kerja' sebelum memecut pergi.
Tambah mengecewakan, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum mendapati satu lagi fakta mengejutkan mengenai kenderaan suspek.
Hasil semakan mendapati kenderaan Perodua Bezza berkenaan rupa-rupanya tidak mempunyai cukai jalan (roadtax) serta insurans yang sah dan masih aktif.
Situasi itu sekali gus menyukarkan mangsa untuk membuat tuntutan ganti rugi insurans bagi membaiki kenderaan jenis Proton X50 milik mereka yang remuk di bahagian hadapan.
Perkongsian berkenaan turut menarik perhatian orang ramai serta saksi kejadian di kawasan sekitar.
Seorang pengguna bernama fiza.pija memberitahu, dia sempat melihat kenderaan Proton X50 milik mangsa tersadai di tepi jalan dengan lampu menyala serta bahagian hadapan yang rosak teruk pada waktu pagi.
Manakala seorang lagi pengguna, nanasempoi123 mengesahkan terserempak dengan kereta Bezza merah yang dipandu secara berbahaya di kawasan Putra Perdana.
Kereta berkenaan dilihat dipandu laju dalam keadaan bahagian bumper hadapan yang sudah pecah dan bercermin gelap. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 24, 2026, 4:02 pm
'Kesian pula tengok', aktivis tendang jualan haram warga asing buat orang ramai berbelah bahagi
September 24, 2026, 2:36 pm
Wanita menjerit nampak 'rider' melambung di Butterworth
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 5:44 pm
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
September 23, 2026, 12:50 pm
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
September 23, 2026, 12:36 pm
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 11:05 am
