Berita Viral
Shahrol Shiro kesal sikap pekerja Bangladesh berlagak lepas ditegur pakai jaket logo Maju Johor
KUALA LUMPUR 23 NOVEMBER - Tindakan seorang pekerja warga Bangladesh yang didakwa bersikap angkuh selepas ditegur kerana mengenakan pakaian berlogo Maju Johor menarik perhatian pelawak, Shahrol Shiro, yang meluahkan rasa kesal menerusi hantaran di media sosial.
Dalam rakaman video berdurasi lebih seminit yang tular itu, lelaki asing berkenaan dilihat membuka zip jaket hitam miliknya sambil menunjukkan lambang rasmi negeri bersama tulisan "DUN KAHANG" ketika disoal mengenai asal-usul pakaian tersebut.
Situasi menjadi tegang apabila individu terbabit memberi jawapan kurang sopan dan menyebut nama "Mr Lan" kononnya tinggal di Taman Intan sebagai rakan yang memberikan baju berkenaan.
Menerusi perkongsian di platform media sosialnya, Shahrol turut mempersoalkan kesahihan dakwaan itu sama ada membabitkan wakil rakyat setempat atau sebaliknya, sambil mengingatkan pekerja luar supaya menghormati peraturan serta adab berkomunikasi di negara ini.
"Tak salah pun nak pakai baju logo Maju Johor tu tapi cara bercakap tu jangan riak sangat. Jangan lupa awak tu mencari rezeki kat mana ya baiya," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Beliau pada masa sama meminta bantuan penduduk setempat bagi mengenal pasti identiti lelaki berkenaan serta individu yang dirujuk sebagai "Mr Lan" bagi mendapatkan gambaran sebenar di sebalik insiden yang berlaku di sebuah premis dipercayai bengkel besi itu.
"Orang Kluang tau ke kat mana mamat Bangladesh ni keje? Mr Lan Taman Intan pulak dipetiknya. siapa yer? minta DM sy info nya.TQ," katanya lagi.
Rakaman tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menggesa pihak berwajib meneliti pemakaian identiti rasmi berkaitan kerajaan negeri oleh bukan warganegara agar tidak disalahgunakan atau menimbulkan kekeliruan masyarakat.
Berita berkaitan
November 23, 2026, 12:06 pm
Kenyataan wanita pertikai kewujudan ulama cetusan kemarahan orang ramai
November 23, 2026, 9:38 am
Tular video remaja 'roro' bagai dirasuk pukul warga tempatan di Selayang
November 20, 2026, 6:11 pm
'Islam lemah, rakyat Sabah Sarawak dipaksa cakap Melayu’, podcast warga Korea cetus kemarahan ramai
November 20, 2026, 12:53 pm
Pemandu warga asing dikejar dipercayai rempuh sekumpulan penunggang motosikal di KL
November 20, 2026, 10:59 am
Malim gunung didakwa ugut wanita supaya jadi kekasih, ancam tinggal di tengah hutan di Gunung Gap Gus
November 20, 2026, 9:52 am
'Amboi siap hon lagi itu', pemandu langgar lampu merah di kawasan sekolah terima kecaman ramai
November 19, 2026, 4:08 pm
Arus deras sungai melimpah masuk kebun, penduduk kampung Kampung Parit Mahang cemas
November 19, 2026, 9:35 am
