Berita Viral
Wanita menjerit nampak 'rider' melambung di Butterworth
BUTTERWORTH 24 SEPTEMBER – Detik cemas menyelubungi pengguna jalan raya di sebuah persimpangan lampu isyarat berhampiran jambatan di Butterworth apabila seorang penunggang motosikal melambung selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu sempat dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) milik sebuah kenderaan yang berada di lokasi sebelum muatan video tersebut tular.
Menerusi rakaman berkenaan, kenderaan pemilik kamera papan pemuka dilihat sedang berhenti di lampu isyarat bersama beberapa buah motosikal lain yang menanti giliran untuk bergerak.
Suasana tenang bagaimanapun bertukar tragedi apabila sebuah Perodua Myvi dipandu meluru dari arah tepi sebelum merempuh salah seorang penunggang motosikal di persimpangan itu hingga menyebabkannya melambung ke udara.
Insiden tersebut turut mengejutkan pemandu yang mana suara wanita kedengaran terjerit ketakutan apabila melihat rempuhan berlaku di depan mata.
Perkongsian video berkenaan yang di muat naik oleh Amalyna_94 menarik perhatian ramai warga netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa cemas dan bimbang terhadap nasib mangsa.
"Kejadian baru jadi, maaf la kakak kita terkejut lagi sebab berlaku depan mata. Macam mana keadaan rider itu," tulisnya menerusi ruangan keterangan video berkenaan.
Impak pelanggaran itu turut menyebabkan beberapa pengguna motosikal lain yang berada di sebelah mangsa tersentak dan terpaksa memaut kenderaan masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk.
Setakat ini, status terkini mengenai tahap kecederaan penunggang motosikal terbabit mahupun butiran pemandu Perodua Myvi berkenaan belum dapat dipastikan, manakala kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung punca kemalangan masih ditunggu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 24, 2026, 4:02 pm
'Kesian pula tengok', aktivis tendang jualan haram warga asing buat orang ramai berbelah bahagi
September 24, 2026, 11:08 am
Sudahlah larikan diri lepas langgar, kereta pula tiada 'roadtax'
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 5:44 pm
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
September 23, 2026, 12:50 pm
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
September 23, 2026, 12:36 pm
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 11:05 am
