Berita Viral
'Kesian pula tengok', aktivis tendang jualan haram warga asing buat orang ramai berbelah bahagi
KUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER – Tindakan tegas sekumpulan aktivis awam mendesak perniagaan haram warga asing ditutup baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Menerusi video berdurasi 30 saat yang kini hangat diperkatakan, kelihatan beberapa individu dipercayai aktivis pencegah warga asing menerjah sebuah gerai jualan daun sirih yang dikendalikan oleh seorang lelaki warga asing.
Lelaki warga asing itu dilihat sedang tergesa-gesa mengemas barangan jualannya selepas diarahkan berbuat demikian.
Namun, keadaan bertukar tegang apabila salah seorang individu bertindak menendang meja dan barangan jualan berkenaan sehingga bertaburan di atas jalan.
Kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan kaki lima berhampiran kedai serbaneka itu menyaksikan meja jualan diperbuat daripada gabus dan papan lapis tumbang dikaki individu terbabit.
Tindakan agresif itu nyata mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Sebahagian orang ramai menyokong tindakan aktivis berkenaan atas alasan lambakan peniaga haram warga asing semakin berleluasa dan perlu ditangani secara tegas demi menjaga kepentingan perniagaan tempatan serta mematuhi undang-undang negara.
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati dan kurang senang dengan pendekatan kasar yang digunakan.
Rata-rata menyifatkan tindakan merosakkan jualan atau menendang barang adalah melampau dan tidak mencerminkan nilai budi bahasa, selain menyarankan agar perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Imigresen Malaysia.
Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan mahupun polis berhubung insiden berkenaan.
Orang awam diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri di luar batas undang-undang dan sentiasa menyalurkan maklumat peniaga tanpa lesen kepada saluran yang betul.
Berita berkaitan
September 24, 2026, 2:36 pm
Wanita menjerit nampak 'rider' melambung di Butterworth
September 24, 2026, 11:08 am
Sudahlah larikan diri lepas langgar, kereta pula tiada 'roadtax'
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 5:44 pm
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
September 23, 2026, 12:50 pm
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
September 23, 2026, 12:36 pm
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 11:05 am
