TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tular pelanggan bawa anjing dekat kedai mamak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 SEPTEMBER – Tindakan sekumpulan individu membawa anjing perliharaan mereka masuk dan duduk di sebuah kawasan restoran mamak mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.

Kejadian itu tular di media sosial selepas satu rakaman video dimuat naik oleh seorang pengguna @eeiikaaa di media sosial.

Berdasarkan rakaman berdurasi beberapa saat itu, kelihatan tiga pelanggan sedang duduk bersantai di meja makan restoran sambil memegang tali yang mengikat dua ekor anjing kecil milik mereka.

Pengguna berkenaan turut menzahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan individu terbabit yang dianggap langsung tidak sensitif terhadap premis makanan yang turut dikunjungi oleh pelanggan beragama Islam.

"Haih teruk la, agak-agaklah wei pergi mamak bawa anjing? Habislah kena samak pula mamak ni," tulisnya menerusi ruangan kapsyen perkongsian tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengkritik sikap pelanggan terbabit yang disifatkan mementingkan diri sendiri dan tidak peduli aspek kebersihan premis makanan terbuka.

Selain itu, netizen turut mengingatkan pemilik premis supaya lebih tegas dan peka dalam memantau kehadiran haiwan peliharaan demi menjaga keselesaan serta sensitiviti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran berkenaan.

+ - reset