Berita Sukan
Bergson buka akaun gol bersama Harimau Malaya, bantu benam Bangladesh
JAKARTA 25 SEPTEMBER - Skuad Harimau Malaya bermula garang dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026 selepas menundukkan Bangladesh 3-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Dominasi skuad kendalian Tan Cheng Hoe jelas kelihatan seawal babak pertama menerusi dua jaringan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-18 dan ke-37, dengan gol kedua berpunca daripada kesilapan pertahanan lawan yang dimanfaatkan Stuart Wilkin.
Bergson da Silva kemudian melengkapkan debut impiannya dengan meledak gol ketiga Malaysia menerusi rembatan leret pada minit ke-52 untuk memuktamadkan kemenangan meyakinkan negara.
Kemenangan ini memberi bekalan selesa buat Malaysia sebelum berdepan tuan rumah, Indonesia, pada Isnin ini, manakala Bangladesh bakal menentang Singapura pada hari yang sama.
Berita berkaitan
September 24, 2026, 10:26 am
Rezeki luar biasa, pemandu e-hailing Dungun tak sangka bawa juara Piala Dunia
September 20, 2026, 3:03 pm
Kaki Andros Townsend kena 'lenyek' dengan 'roller' masa panas badan
September 20, 2026, 2:53 pm
Harimau Malaya sarung jersi baharu pada Piala ASEAN FIFA
September 20, 2026, 9:28 am
Piala FA: Hatrik Chrigor Moraes ketuai kebangkitan Selangor di Kangar
September 17, 2026, 4:23 pm
Ab Ghani Hassan menang besar, dipilih Presiden FAM baharu
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
