Berita Berita
'Saya tak sangka, beliau kelihatan sihat semalam’, Tun M sebak luah perasaan pada Sultan Pahang
KUALA LUMPUR 29 SEPTEMBER - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyuarakan rasa terkejut dan tidak menyangka atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, yang meninggal dunia secara mengejut pada Isnin.
Menurut beliau, Allahyarhamah kelihatan berada dalam keadaan agak sihat dan baik pada hari sebelumnya.
Perasaan sedih dan sebak itu dikongsi beliau sewaktu menerima keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berkenan menziarahi kediaman beliau di The Mines Resort City, Seri Kembangan bagi menyampaikan penghormatan terakhir.
Keberangkatan Baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam suasana pilu itu, Dr. Mahathir menzahirkan rasa penghargaan yang mendalam atas keprihatinan kerabat diraja Pahang yang sanggup mencemar duli dari luar negeri untuk memberikan sokongan moral kepadanya.
Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara pada jam 9.20 pagi Isnin, sebelum disemadikan dengan penuh penghormatan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarhamah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Mahathir pada 5 Ogos 1956.
Perkongsian hidup yang bertahan selama tujuh dekad itu dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu tiga perempuan dan empat lelaki.
Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah dikenali sebagai antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini yang pernah berkhidmat dalam sektor kesihatan awam, di samping bergiat aktif dalam pelbagai usaha kemasyarakatan, khususnya yang melibatkan kebajikan serta kesihatan wanita dan keluarga.
Berita berkaitan
September 29, 2026, 4:53 pm
Tiga kapal tentera Myanmar tiba di Lumut, 1,473 tahanan dihantar pulang
September 29, 2026, 4:41 pm
Kadar baharu gaji minimum belum dimuktamadkan, tunggu kelulusan Kabinet dan PM - Ramanan
September 29, 2026, 2:37 pm
Suami isteri maut kemalangan langgar lari dengan lori, anak jadi yatim piatu sekelip mata
September 29, 2026, 2:30 pm
Kementerian Pendidikan perluas CCTV ke 333 sekolah berasrama, gubal Akta Antibuli 2026
September 29, 2026, 2:25 pm
Pelajar kolej kantoi berkhalwat menyorok bawah tilam bilik hotel
September 29, 2026, 2:01 pm
Letak jawatan, Eric See-To tempelak pendirian Anthony Loke
September 29, 2026, 1:52 pm
Mara lantik bekas tentera sebagai warden sepenuh masa di semua MRSM bermula 2027
September 29, 2026, 12:55 pm
