Berita Viral
'Rider' maut dipercayai dilenyek lori lepas elak laluan khas motosikal di Plaza Tol Puchong Selatan
PUCHONG 1 OKTOBER – Kedegilan sesetengah penunggang motosikal yang gemar menggunakan lorong kenderaan berat akhirnya memakan diri apabila seorang individu maut selepas dipercayai dirempuh dalam kejadian tragis berhampiran Plaza Tol Puchong Selatan hari ini.
Insiden berdarah itu tular di platform media sosial selepas dimuat naik oleh Mohdd_Shahrull yang meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah penunggang dua roda yang kerap mengabaikan keselamatan diri.
Melalui hantaran berkenaan, pengguna itu memaklumkan bahawa kejadian berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk sehingga memakan masa lebih sejam.
"Tak pasal-pasal sangkut satu jam. Tak serik-serik lagi mat motor ni guna laluan lori kat tol. Laluan motor hanya hiasan. Dah berbungkus macam ni nak salahkan siapa," katanya menerusi ruangan kapsyen perkongsian tersebut.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsi, kelihatan mayat mangsa telah ditutup dengan kain putih berada di laluan tol berkenaan sambil dikelilingi oleh pihak berkuasa dan petugas lebuh raya bagi urusan kawalan keselamatan serta siasatan lanjut.
Rata-rata pengguna media sosial turut menzahirkan rasa simpati atas pemergian mangsa, namun pada masa sama menggesa penunggang motosikal agar senantiasa menggunakan lorong khas yang disediakan demi mengelakkan tragedi berulang.
Berita berkaitan
October 1, 2026, 7:27 pm
Main masuk 'smart lane', penunggang motosikal melambung lepas divider dirempuh Vellfire
October 1, 2026, 1:45 pm
Lelaki kecewa pemandu bas halang guna laluan kecemasan sebab nak jumpa ayah nazak
October 1, 2026, 10:03 am
Warga Pakistan kena tangkap dipercayai minta duit perlindungan pada peniaga kecil
October 1, 2026, 8:36 am
Lori simpan 'stok' makanan kering jadi sarang tikus di RnR Seremban?
September 30, 2026, 7:02 pm
'Macam nak terhempas', pemandu kongsi rasa seram lihat kapal terbang buat 'pusingan u' rendah di Eco Majestic
September 30, 2026, 5:03 pm
Tular aksi polis kejar pemandu lori hijau di Pasir Gudang
September 30, 2026, 3:51 pm
Lagi warga asing lagak samseng, dipercayai hina orang tempatan bila diserbu
September 30, 2026, 9:56 am
