TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Kereta terbalik punca kesesakan luar biasa di MRR2 pagi ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 NOVEMBER - Warga kota yang menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdepan kesesakan lalu lintas luar biasa pagi ini susulan insiden sebuah kenderaan terbalik di jejambat berhampiran Bulatan Kuari menghala ke Pandan Indah dan Ampang.

Kejadian pada waktu puncak itu mengakibatkan aliran trafik terhenti sehingga menjejaskan perjalanan ribuan pengguna jalan raya yang sedang menuju ke tempat kerja masing-masing.

Berdasarkan laporan trafik Astro Radio Traffic pada pukul 7.37 pagi, kesesakan dilaporkan berlanjutan selama satu jam bermula dari Desa Tun Razak hingga ke Pandan Perdana akibat kerja-kerja pengalihan kereta yang menghalang lorong kanan di lokasi nahas.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pemandu berkongsi situasi semasa di lebuh raya berkenaan bagi mengingatkan orang ramai supaya merancang semula perjalanan serta menggunakan laluan alternatif.

Seorang pengguna jalan raya yang dikenali sebagai illianykhairuddin memaklumkan bahawa tiga lorong terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada operasi pembersihan dan pengalihan kenderaan.   

"Pagi ini elakkan lalu MRR2 menghala ke Pandan Indah selepas Lotus's Taman Midah kerana ada kereta terbalik. Tiga lorong ditutup dan trafik dilencongkan ke bulatan di bahagian bawah," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Sementara itu, seorang lagi pemandu, azlinilman turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada memandangkan keadaan jalan raya yang sesak teruk menuju ke arah Ampang.

"MRR2 sesak teruk arah Ampang kerana kemalangan menghalang tiga lorong. Hati-hati semua, banyak insiden berlaku pagi ini," ujarnya.

Turut berkongsi maklumat ialah pengguna dengan nama meow_gumukss yang menyatakan bahawa nahas tersebut berlaku berhampiran kawasan Hospital Pantai dan berharap segala urusan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan itu dipermudahkan.

+ - reset