Berita Viral
'Mungkin ada yang menghantar', pemilik Bawal Exclusive pelik sentiasa diekori belalang hijau
KUALA LUMPUR 25 NOVEMBER - Pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman pelik berkaitan kehadiran seekor belalang hijau secara berulang di pelbagai lokasi, termasuk di aras tinggi sebuah hotel.
Menerusi hantaran di media sosial serta rakaman video yang dimuat naik, beliau meluahkan rasa kurang senang dan bimbang apabila serangga itu sering muncul tanpa melakukan sebarang pergerakan agresif, sebaliknya hanya berada dalam keadaan pegun seolah-olah memerhatikannya.
"Saya pun tak tahulah kenapa. Ke mana saja saya pergi, mesti ada seekor lalat atau belalang hijau. Duduk hotel tingkat paling atas pun ada. Yang buat saya rasa seram, dia tak buat apa-apa pun. Duduk diam je, macam tengah tenung saya," katanya menerusi perkongsian tersebut.
Beliau turut menjelaskan bahawa situasi tersebut berlaku secara konsisten tanpa mengira waktu, sama ada pada siang hari mahupun tengah malam, serta melibatkan pelbagai ruang termasuk kediaman, ruang dapur dan premis perniagaannya.
"Setiap kali nampak, automatik badan saya meremang, hati rasa tak sedap. Kadang-kadang lalat tu dah saya bunuh, tak lama lepas tu muncul pula seekor lagi. Pergi butik ada, balik rumah ada, masuk dapur pun ada. Tak kira siang atau tengah malam," ujarnya lagi.
Dalam rakaman berasingan ketika berada di sebuah bilik hotel bertingkat tinggi di ibu negara, Haliza turut memperlihatkan seekor belalang berwarna hijau kekuningan yang melekat pada cermin tingkap luar ketika beliau sedang bersiap, sambil meluahkan rasa hairan kerana serangga itu berada pada ketinggian sedemikian dan kelihatan seperti sedang meninjau.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata turut berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing di ruangan komen.
Seorang pengguna media sosial, iam_syazana, menyarankan agar usahawan berkenaan menggunakan minyak kasturi kijang asli serta sentiasa menjaga wuduk sebagai ikhtiar, manakala , strawberry6072, mendakwa kemunculan seekor serangga sering dikaitkan oleh segelintir pihak dengan unsur pemerhatian atau niat kurang baik.
Sementara itu, pengguna bernama bunnyhnys berkongsi cerita mengenai rakannya yang didakwa mengurung haiwan tersebut di dalam bekas bertutup bersama lada hitam dan garam, sebelum mendakwa timbul kejadian luar biasa menjelang subuh keesokan harinya.
Turut menarik perhatian ialah komen daripada loaflyyy yang menceritakan pengalaman suaminya menangkap belalang berkenaan dan membacakan ayat Kursi serta selawat sebelum memisahkan bahagian kepalanya, sambil mendakwa terdapat keanehan pada struktur dalaman serangga itu.
Hantaran itu terus menjadi perbincangan hangat di media sosial, dengan ramai pengguna menyatakan rasa simpati serta bertukar-tukar pandangan mengenai fenomena yang disifatkan sebagai luar biasa itu.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 9:14 am
Kereta terbalik punca kesesakan luar biasa di MRR2 pagi ini
November 24, 2026, 7:36 pm
Anak sulung 20 tahun pikul tanggungjawab jaga ibu, 7 beradik raih perhatian ramai
November 24, 2026, 7:11 pm
Ketiadaan hentian bas sementara di KB Mall Undang kebimbangan pengguna
November 24, 2026, 6:11 pm
Laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dilanda banjir kilat
November 24, 2026, 4:59 pm
Lelaki dipercayai cuba buka pintu kereta guna peranti 'hacker' di Kepala Batas
November 24, 2026, 1:05 pm
'Rakyat penat bayar bil, warga asing senang curi air di Perak'
November 24, 2026, 12:09 pm
Lebih 5 kenderaan jadi mangsa jalan berlubang di lebuhraya Pasir Gudang
November 24, 2026, 9:33 am
Warga emas 'disiku' lepas kereta dirempuh di Terengganu, anak mohon saksi tampil beri maklumat
November 23, 2026, 5:42 pm
