Berita Viral
Main masuk 'smart lane', penunggang motosikal melambung lepas divider dirempuh Vellfire
KUALA LUMPUR 1 OKTOBER – Tindakan mementingkan diri seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang memotong laluan secara melulu mengundang amarah orang ramai apabila merempuh seorang penunggang motosikal sehingga melambung dalam insiden tragis dipercayai berlaku di Lebuhraya Bandar Dato’ Onn.
Kejadian yang dipercayai berlaku berhampiran susur keluar berkenaan menyaksikan MPV terbabit bertindak mengubah laluan secara tanpa memberi sebarang 'signal'.
Impak himpitan keras itu menyebabkan penunggang dua roda berkenaan terbabas lalu merempuh penghadang jalan sebelum terlempar beberapa meter.
Insiden cemas yang dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka bahagian belakang (dashcam) tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap sikap pemandu terbabit.
Ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Didhieyriyadhi menerusi satu hantaran di media sosial meluahkan rasa terkilan dan marah atas kecuaian pemandu kenderaan berkenaan.
"Bongok orang yang bawa Vellfire ini, dah lah masuk lane kecemasan, lepas itu tak ada signal. Doakan yang baik-baik untuk sepupu saya," katanya dalam hantaran yang dimuat naik.
Mengulas mengenai keadaan terkini mangsa, Didhieyriyadhi mengesahkan ahli keluarganya itu mengalami kecederaan parah dan sedang menerima perawatan kritikal di hospital.
"Tahu tak apa, sepupu saya masih di zon merah (red zone)," ujarnya ringkas ketika membalas pertanyaan orang ramai mengenai perkembangan kesihatan insan tersayang.
Setakat ini, orang awam mendesak pihak berkuasa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas serta mengesan pemandu MPV berkenaan bagi membantu siasatan mengikut skop kecuaian memandu yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.
Berita berkaitan
October 1, 2026, 6:06 pm
'Rider' maut dipercayai dilenyek lori lepas elak laluan khas motosikal di Plaza Tol Puchong Selatan
October 1, 2026, 1:45 pm
Lelaki kecewa pemandu bas halang guna laluan kecemasan sebab nak jumpa ayah nazak
October 1, 2026, 10:03 am
Warga Pakistan kena tangkap dipercayai minta duit perlindungan pada peniaga kecil
October 1, 2026, 8:36 am
Lori simpan 'stok' makanan kering jadi sarang tikus di RnR Seremban?
September 30, 2026, 7:02 pm
'Macam nak terhempas', pemandu kongsi rasa seram lihat kapal terbang buat 'pusingan u' rendah di Eco Majestic
September 30, 2026, 5:03 pm
Tular aksi polis kejar pemandu lori hijau di Pasir Gudang
September 30, 2026, 3:51 pm
Lagi warga asing lagak samseng, dipercayai hina orang tempatan bila diserbu
September 30, 2026, 9:56 am
