Berita Berita
Video tular tidak harus padam usaha reformasi Shuhaily – Pemuda MCA
KUALA LUMPUR 2 Okt – Kontroversi video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak seharusnya memadamkan keseluruhan usaha reformasi yang sedang dilaksanakan dalam agensi berkenaan.
Naib Ketua Pemuda MCA, Tan Yang Pang berkata, pihaknya menyokong tindakan tegas dan konsisten Mohd Shuhaily dalam melaksanakan reformasi AKPS, selain mengalu-alukan kesediaannya untuk disiasat berhubung insiden membabitkan beliau dengan dua individu tidak dikenali baru-baru ini.
Menurutnya, kepimpinan Mohd Shuhaily tidak wajar dinilai hanya berdasarkan video insiden yang tular di media sosial tanpa mengambil kira fakta dan latar belakang sebenar kejadian.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan berdasarkan fakta sebenar sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
“Sekiranya salah laku terbukti, tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut prosedur berkaitan. Sekiranya ia memerlukan penambahbaikan, maka laksanakanlah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yang Pang berkata, reformasi dalam agensi penguatkuasaan undang-undang tidak boleh bergantung kepada sistem dan teknologi semata-mata, sebaliknya memerlukan disiplin dalaman, pelaksanaan berkesan serta budaya kepimpinan yang bersedia menangani masalah.
Bagaimanapun, katanya, Pemuda MCA tidak menyokong sebarang bentuk komunikasi yang tidak wajar dan pemimpin perlu sentiasa menilai serta menambah baik pendekatan kerja masing-masing.
“Namun, satu insiden kontroversi tidak seharusnya memadamkan usaha membawa perubahan secara keseluruhan; begitu juga pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan disiplin dan meningkatkan piawaian tidak harus dihalang daripada bertindak hanya kerana reaksi negatif orang ramai,” katanya.
Baru-baru ini, tular video di media sosial yang memaparkan Mohd Shuhaily sedang memarahi seorang individu.
Dalam rakaman berkenaan, kepala individu terbabit turut kelihatan dipegang dalam satu tindakan yang didakwa berlaku dengan agak keras.
Selain video itu, salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh individu yang mendakwa dikasari Mohd Shuhaily turut tersebar di media sosial.
Mohd Shuhaily dalam sidang media semalam menyatakan kesediaannya untuk disiasat berhubung insiden berkenaan.
Beliau turut menegaskan kesediaannya menerima sebarang keputusan yang bakal dibuat berhubung perkara itu.
Berita berkaitan
October 2, 2026, 6:32 pm
Pemuda PAS pertahan Mohd Shuhaily, mahu isu kebocoran sempadan diberi keutamaan
October 2, 2026, 6:19 pm
Chean Chung tak aktif aktiviti parti sejak lebih setahun lalu - Anwar
October 2, 2026, 5:39 pm
Mulai 5 Oktober, semua perkhidmatan JPJ menerusi MYEG digantung
October 2, 2026, 5:29 pm
Pecutan ‘Pocket Rocketman’ di selekoh terakhir, Azizulhasni hadiah emas kelapan negara
October 2, 2026, 5:14 pm
MSU melonjak ke kelompok 501–550 universiti terbaik dunia, naik tiga tahun berturut-turut
October 2, 2026, 3:17 pm
MCMC semak video AI manipulasi detik duka Tun Dr Mahathir, tindakan undang-undang boleh diambil
October 2, 2026, 2:25 pm
37 hari terputus hubungan di Nepal, seorang daripada 55 rakyat Malaysia akhirnya pulang
October 2, 2026, 1:18 pm
Suri rumah didakwa di mahkamah bunuh ibu kandung terlantar di Menglembu
October 2, 2026, 1:13 pm
