Berita Berita
Pecutan ‘Pocket Rocketman’ di selekoh terakhir, Azizulhasni hadiah emas kelapan negara
SHIZUOKA 2 Okt – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih berbisa apabila melakukan pecutan luar biasa di selekoh terakhir untuk merangkul emas acara keirin lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.
Kemenangan atlet berusia 38 tahun itu di Velodrom Izu sekali gus menghadiahkan pingat emas kelapan buat kontinjen negara pada temasya berkenaan.
Dalam perlumbaan final, Azizulhasni mempamerkan kayuhan bertenaga pada saat-saat akhir untuk memintas pelumba China, Li Zhiwei yang terlebih dahulu berada di hadapan sebelum melintasi garisan penamat sebagai juara.
Kejayaan itu turut menyaksikan pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman mengulangi pencapaian meraih emas keirin pada Sukan Asia Guangzhou 2010.
Seorang lagi wakil negara yang turut beraksi dalam final, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.
Pingat gangsa pula menjadi milik seorang lagi pelumba China, Xie Han.
Terdahulu, Azizulhasni mara ke final selepas menamatkan saingan di kedudukan pertama dalam saringan kedua separuh akhir.
Shah Firdaus pula mengesahkan tiket ke final selepas menduduki tempat ketiga dalam saringan pertama separuh akhir.
Berita berkaitan
October 2, 2026, 6:32 pm
Pemuda PAS pertahan Mohd Shuhaily, mahu isu kebocoran sempadan diberi keutamaan
October 2, 2026, 6:19 pm
Chean Chung tak aktif aktiviti parti sejak lebih setahun lalu - Anwar
October 2, 2026, 5:39 pm
Mulai 5 Oktober, semua perkhidmatan JPJ menerusi MYEG digantung
October 2, 2026, 5:14 pm
MSU melonjak ke kelompok 501–550 universiti terbaik dunia, naik tiga tahun berturut-turut
October 2, 2026, 4:50 pm
Video tular tidak harus padam usaha reformasi Shuhaily – Pemuda MCA
October 2, 2026, 3:17 pm
MCMC semak video AI manipulasi detik duka Tun Dr Mahathir, tindakan undang-undang boleh diambil
October 2, 2026, 2:25 pm
37 hari terputus hubungan di Nepal, seorang daripada 55 rakyat Malaysia akhirnya pulang
October 2, 2026, 1:18 pm
Suri rumah didakwa di mahkamah bunuh ibu kandung terlantar di Menglembu
October 2, 2026, 1:13 pm
