TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mulai 5 Oktober, semua perkhidmatan JPJ menerusi MYEG digantung

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 Okt - Orang ramai tidak lagi boleh mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi saluran Kumpulan MYEG mulai 5 Oktober ini susulan penggantungan My E.G Sdn Bhd (My E.G) dan Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) sebagai ejen kutipan jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian, selain obligasi tertunggak yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh kedua-dua syarikat terbabit.

"JPJ ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan My E.G dan Zetrix AI di bawah Kumpulan MYEG sebagai ejen kutipan bagi pihak JPJ akan digantung berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam, 5 Oktober," katanya.

Susulan keputusan berkenaan, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan menerusi saluran Kumpulan MYEG turut digantung bermula tarikh sama.

Bagaimanapun, JPJ memberi jaminan bahawa perkhidmatan jabatan itu akan terus beroperasi seperti biasa menerusi saluran rasmi serta alternatif yang disediakan.

Pengguna justeru masih boleh mendapatkan perkhidmatan JPJ melalui saluran lain yang disediakan jabatan berkenaan sepanjang tempoh penggantungan itu.

+ - reset