Berita Viral
Wanita loya dakwa temui lipas dalam perut sotong nasi kandar
KUALA LUMPUR 2 OKTOBER – Hasrat sebuah keluarga untuk menikmati hidangan nasi kandar bertukar menjadi detik meloyakan selepas seorang wanita mendakwa menemui seekor lipas yang tersembunyi di dalam perut sotong dibelinya.
Pengalaman menjijikkan itu dikongsikan oleh Ilynurhidayati, yang meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan insiden berkenaan hingga hilang selera untuk meneruskan santapan.
Menurutnya, penemuan serangga itu bukan sahaja menjejaskan hidangannya, malah menyebabkan lima lagi bungkus nasi kandar yang dibeli untuk ahli keluarga lain turut terpaksa dibuang kerana masing-masing berasa loya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke media sosial, wanita itu memperlihatkan seekor sotong daripada hidangan sebelum bertindak mengeluarkan lipas yang didakwa berada di dalam perut lauk berkenaan.
Beliau yang juga seorang pengusaha dalam bidang makanan dan minuman (F&B) menjelaskan bahawa tindakan memuat naik video itu dibuat selepas cubaan menyelesaikan isu berkenaan secara baik dengan pemilik premis gagal.
Dakwanya, mesej yang dihantar bagi memohon ganti rugi atau bayaran balik langsung tidak mendapat maklum balas, sekali gus memaksa beliau menyuarakan kekecewaan secara terbuka selepas kesemua makanan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Hantaran berkenaan dengan cepat meraih pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya terkejut, selain ada yang mula bertanyakan lokasi kedai nasi kandar terbabit sebagai langkah berhati-hati.
Berita berkaitan
October 2, 2026, 2:06 pm
Penguatkuasa dipercayai 'terima' sesuatu dari orang awam, netizen persoal etika kerja
October 2, 2026, 11:02 am
Minyak, gula bersubsidi dijual meluas di sempadan Thailand raih perhatian ramai
October 1, 2026, 7:27 pm
Main masuk 'smart lane', penunggang motosikal melambung lepas divider dirempuh Vellfire
October 1, 2026, 6:06 pm
'Rider' maut dipercayai dilenyek lori lepas elak laluan khas motosikal di Plaza Tol Puchong Selatan
October 1, 2026, 1:45 pm
Lelaki kecewa pemandu bas halang guna laluan kecemasan sebab nak jumpa ayah nazak
October 1, 2026, 10:03 am
Warga Pakistan kena tangkap dipercayai minta duit perlindungan pada peniaga kecil
October 1, 2026, 8:36 am
Lori simpan 'stok' makanan kering jadi sarang tikus di RnR Seremban?
September 30, 2026, 7:02 pm
