Berita Sukan
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
KUALA LUMPUR, 6 Oct. – Skuad Harimau Malaya dijangka muncul sebagai skuad yang mencatatkan lonjakan kedudukan tertinggi dalam kemas kini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan datang bagi rantau ASEAN.
Malaysia dijangka memperoleh tambahan 15.05 mata berharga selepas mengharungi empat perlawanan sengit sepanjang kempen Piala ASEAN FIFA 2026.
Berdasarkan kemas kini tidak rasmi di laman sesawang kedudukan FIFA, skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe dijangka melonjak tiga anak tangga daripada kedudukan ke-136 kepada ke-133 dunia.
Tambahan mata positif berkenaan diraih menerusi empat aksi yang menyaksikan Harimau Malaya mencatatkan kemenangan ke atas Bangladesh, seri dengan Indonesia, dan membelasah Singapura.
Skuad negara seterusnya menutup kempen kejohanan dengan meraih kemenangan 1-0 ke atas Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga.
Malaysia mengutip 3.30 mata hasil kemenangan selesa 3-0 ke atas Bangladesh sebelum keputusan seri tanpa jaringan menentang Indonesia menyumbang tambahan 0.68 mata.
Kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura memberi tambahan 4.74 mata sebelum Harimau Malaya meraih 6.33 mata berharga hasil kejayaan menewaskan Vietnam 1-0.
Kutipan mata berkenaan menjadikan Malaysia skuad yang mencatatkan peningkatan mata paling tinggi berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara sepanjang jendela antarabangsa September hingga Oktober.
Sementara itu, Indonesia yang merangkul gelaran juara kejohanan turut dijangka memperbaiki kedudukan dengan kenaikan satu anak tangga dalam carta dunia.
Thailand yang menamatkan saingan kejohanan sebagai naib juara pula dijangka melonjak ke tangga ke-93 dunia dalam kemas kini rasmi kelak. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
'Ahmad Bergson' makin kagum budaya Islam, gembira jaring gol sulung Harimau Malaya
September 25, 2026, 7:39 pm
Bergson buka akaun gol bersama Harimau Malaya, bantu benam Bangladesh
September 24, 2026, 10:26 am
Rezeki luar biasa, pemandu e-hailing Dungun tak sangka bawa juara Piala Dunia
September 20, 2026, 3:03 pm
