TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pelancong asing letak bulu dada sendiri tak nak bayar makanan di Pulau Pinang

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 7 OKTOBER – Tindakan licik seorang pelancong asing yang sanggup mencabut bulu dadanya sendiri lalu dimasukkan ke dalam hidangan demi mengelak daripada membayar bil di sebuah restoran di negeri ini akhirnya terbongkar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).   

Kejadian yang berlaku di sebuah premis makanan itu menyaksikan lelaki berkenaan sedang menikmati santapan bersama seorang wanita sebelum perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut dilakukan secara senyap-senyap.   
Berdasarkan rakaman video berdurasi seminit itu, suspek dilihat menyelukkan tangan ke dalam baju merah yang dipakainya lalu mencabut beberapa helai bulu dada sebelum meletakkannya terus ke dalam pinggan di hadapannya.  

Tidak lama selepas perbuatan itu dilakukan, individu berkenaan bertindak memanggil pihak pengurusan kedai bagi membuat aduan mengenai penemuan benda asing tersebut.   

Dia yang kelihatan berpura-pura terkejut kemudiannya bangun membawa pinggan berkenaan menuju ke kaunter bagi mempertikaikan tahap kebersihan sajian yang dihidangkan.   

Taktik kotor itu dipercayai sengaja reka bagi mendesak pihak premis membatalkan caj pesanan atau memberikan hidangan secara percuma.   
Bagaimanapun, pembohongan lelaki berkenaan diketahui selepas pemilik restoran menyemak semula rakaman kamera keselamatan untuk mengesahkan dakwaan pelanggan berkenaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset