TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Kurang 30 saat lelaki pecahkan tingkap curi barang dalam kereta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 OKTOBER – Hanya mengambil masa kurang daripada 10 saat, tindakan pantas seorang lelaki memecahkan cermin kenderaan lalu melarikan barangan berharga milik mangsa mencetuskan kebimbangan orang ramai.  

Kejadian yang dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan suspek berbaju merah terlebih dahulu berpura-pura berada di sekitar kawasan parkir bagi memantau keadaan sekeliling. 

Selepas memastikan suasana selamat dan tiada kelibat orang ramai, individu itu dengan pantas menolak tingkap penumpang belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih tersebut.  

Berdasarkan klip video tular di platform Threads menerusi akaun Abdullah24_omar, penjenayah itu dilihat mencapai objek berharga dari dalam ruang kereta sejurus kaca pintu rosak sebelum beredar dari tempat kejadian menggunakan motosikal. 

Keseluruhan insiden pecah rumah kenderaan itu berlaku begitu singkat dan licik, sekali gus membuktikan bahawa penjenayah kini tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukan jenayah.   

Penularan rakaman berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menggesa pemilik kenderaan supaya lebih berhati-hati. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset