Berita Sukan
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
KUALA LUMPUR 8 OKTOBER – Niat hati mahu menimba pengalaman bertanding di luar negara bertukar menjadi detik hitam bagi seorang pemain bola sepak amatur dari Jepun apabila dia menjadi mangsa serangan fizikal ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan di Malaysia.
Insiden yang dirakam menerusi satu video memaparkan detik-detik penjaga gola KK City FC secara tiba-tiba meluru ke arah pemain Chotto Matte FC lalu melepaskan tumbukan sejurus gawangnya dibolosi menerusi sepakan penalti.
Kejadian bermula sebaik sahaja tonggak kelab berkenaan tenang menyempurnakan sepakan penalti dan meraikannya di hadapan penjaga gol
Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila penjaga gawang pasukan lawan yang disyaki berang dengan jaringan tersebut bertindak agresif dengan melayangkan penumbuk ke bahagian kepala mangsa.
Kejadian itu mengejutkan ramai penyokong serta rakan sepasukan yang berada di lokasi perlawanan.
Menyedari keadaan semakin tegang, pengadil perlawanan bersama beberapa individu lain dengan pantas campur tangan bagi meredakan keadaan serta memisahkan kedua-dua pihak sebelum situasi menjadi lebih tidak terkawal.
Pihak pengurusan Chotto Matte FC dalam satu kenyataan media sosial mengakui terkilan dengan insiden ganas berkenaan, sambil berseloroh bahawa pengalaman beraksi di liga luar negara sememangnya memberi pelbagai iktibar dan pendedahan yang tidak disangka-sangka.
Menurut mereka, kelab amat kesal apabila salah seorang penyerang mereka ditumbuk oleh benteng terakhir pihak lawan sewaktu beraksi di Malaysia.
Isu disiplin dan tindakan tidak profesional di padang bola amatur ini mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan ganas penjaga gol terbabit kerana mencemarkan semangat kesukanan serta imej bola sepak tempatan.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
'Ahmad Bergson' makin kagum budaya Islam, gembira jaring gol sulung Harimau Malaya
September 25, 2026, 7:39 pm
