Berita Viral
'Penyambung jalan macam dah longgar', pemandu gesa pihak berwajib segera baiki jalan lubang
KUALA LUMPUR 9 OKTOBER – Nyawa pengguna jalan raya umpama di hujung tanduk apabila laluan utama yang menghubungkan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Cheras kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Tinjauan menerusi perkongsian seorang pengguna, faresya_ivana, mendapati laluan berkenaan bukan sahaja mempunyai pelbagai lubang dalam serta permukaan tidak rata, malah struktur penyambung jambatan (expansion joint) dikesan semakin renggang dan berisiko terlepas pada bila-bila masa.
Situasi itu mengundang ketakutan dalam kalangan pemandu yang lalu di kawasan tersebut kerana potensi berlakunya kemalangan maut adalah amat tinggi jika tiada tindakan susulan dilakukan segera oleh pihak berkuasa.
Menurut luahan pengadu, kenderaannya sendiri pernah terperosok ke dalam lubang di laluan itu sehingga mengalami kerosakan yang agak serius akibat kedalamannya yang melampau.
"Tolonglah pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan untuk jalan dari arah TBS ke Cheras ini. Keadaannya sudah terlalu teruk, banyak lubang dan jalan tidak rata.
Tayar kenderaan saya sendiri pernah terjerumus ke dalam lubang di sini, sangat dalam!" katanya. Beliau menambah, pemerhatian terbaharu mendapati struktur komponen penyambung pada jambatan berkenaan kelihatan sudah longgar dan sedia untuk tercabut.
"Perkara ini amat berbahaya buat pengguna laluan. Janganlah tunggu sehingga berlaku insiden berdarah baru mahu mengambil langkah pembaikan. Mohon periksa dan selenggara secepat mungkin," tegasnya lagi.
Ekoran daripada aduan berkenaan, masyarakat kini menggesa pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan agar tidak memandang remeh isu terbabit demi menjamin keselamatan dan keselesaan para pemandu yang menggunakan laluan harian itu.
Berita berkaitan
October 8, 2026, 2:55 pm
Insiden rempuhan motosikal, MBPP digesa tegas atasi isu kerusi meja di kaki jalan Pulau Pinang
October 8, 2026, 12:25 pm
'Bagai masuk alam bunian', Rapid KL berseloroh 'next station' MRT di Gunung Jerai
October 8, 2026, 11:30 am
Kurang 30 saat lelaki pecahkan tingkap curi barang dalam kereta
October 8, 2026, 9:28 am
Suasana jerebu teruk akibat pembakaran hutan Indonesia di Johor
October 8, 2026, 9:17 am
'Kami lebih ramai', artis Indonesia perlekeh rakyat Malaysia mahu boikot jenama dari seberang
October 7, 2026, 3:08 pm
Geram pemandu cucuk kereta escort, polis pengiring beri 'penampar sulung' dekat 'side mirror'
October 7, 2026, 2:15 pm
Pelancong asing letak bulu dada sendiri tak nak bayar makanan di Pulau Pinang
October 7, 2026, 11:03 am
